CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 28826|Reply: 36

[Jenayah] Peluang Najib diampunkan semakin tipis…

  [Copy link]
Post time 3-1-2024 12:16 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 3-1-2024 10:17 AM

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima sejumlah AS$681 juta yang disyaki wang rasuah untuk membeli undi sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nur Aida Arifin berkata, wang itu diterima daripada Tanore Finance Corporation iaitu syarikat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Kerajaan Arab Saudi melalui Falcon Private Bank Singapore pada 2013.

Beliau yang juga pegawai penyiasat kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berkata, AS$681 juta itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi bekas Perdana Menteri, AmPrivate Banking di AmBank Berhad.

Menurut pegawai penyiasat tersebut, pihaknya turut menerima satu aduan lain bahawa Najib yang ketika itu Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB disyaki menerima suapan berjumlah RM3.2 bilion melalui dana pelaburan itu untuk kepentingan peribadi.

Beliau berkata, pihak SPRM menerima aduan pertama pada 4 Mei 2015 manakala aduan kedua pada 17 Mei 2018.

Menurutnya, siasatan kemudian dibuka di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 23 akta sama berhubung kemasukan wang dalam jumlah yang besar ke dalam dua akaun peribadi beliau.

Nur Aida yang dipanggil sebagai saksi pendakwaan ke-49 menyatakan demikian ketika membacakan pernyataan saksi pada perbicaraan penyelewengan dana 1MDB melibatkan bekas Perdana Menteri.

Dalam pernyataan saksinya, pegawai itu turut berkata, pelbagai dokumen diperoleh daripada pihak-pihak termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), institusi-institusi kewangan, Price Waterhouse Coopers (PwC) dan beberap agensi lain.

Selain itu, dokumen dari negara luar turut diperoleh termasuk dari Switzerland, Singapura, Barbados, Hong Kong dan Belanda.

Beliau turut menjelaskan, skop siasatan dibahagikan kepada empat fasa iaitu Good Star, Aabar, Tanore dan Options Buyback.

Hasil siasatan menunjukkan bekas Perdana Menteri mempunyai lima akaun bank dan satu akaun kad kredit yang mana semuanya dibuka di AmIslamic Bank Berhad.

Dalam pernyataan saksinya, Nur Aida turut menggariskan latar belakang pelantikan Najib dalam kerajaan selain mendedahkan keseluruhan gaji beliau yang mencecah RM78,451.74 sebulan.

Najib ketika itu menerima gaji RM58,605.15 sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan serta elaun sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Dewan Rakyat sebanyak RM19,846. 59.

Najib, 71, berdepan empat tuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.28 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah sama.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di AmIslamic Bank Berhad, Bukit Ceylon di sini di antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram di antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di lokasi sama.

Bekas Perdana Menteri didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.


https://www.utusan.com.my/nasional/2024/01/najib-disyaki-terima-wang-rasuah-untuk-beli-undi-sprm/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2024 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm familiar nama aida ni.


Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 01:30 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 3-1-2024 12:19 AM
Mcm familiar nama aida ni.

Skandel yg dibuntingkn oleh azam belen khenss
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 04:17 AM | Show all posts
Msia ni patutnya dah level Ostolia/Spore kalau pemimpin tak rasuah.. sakau. Melayu tipu melayu tu pun ada yg bengong gelar boss bagai… mentality haprak level kerbau!
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 06:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Kuin-Kepam replied at 3-1-2024 03:17 AM
Msia ni patutnya dah level Ostolia/Spore kalau pemimpin tak rasuah.. sakau. Melayu tipu melayu tu pu ...

Hang kena baca mamat nama saiful bahari baharom kat FB punya postings psl Najib. Hehehe terpaling kenal Najib yg terpaling bijak terpaling terbaik PM.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2024 09:06 AM | Show all posts
sabaq ye sabaq ye
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
honam replied at 3-1-2024 09:06 AM
sabaq ye sabaq ye

Exactly… agong (sama kpg) handovers reign officially only this 31st January kheunz? Masih ada slightly more than 3 weeks

Never Say Never
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2024 09:33 AM | Show all posts
najib ni akan mereput dlm penjara
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Kuin-Kepam replied at 3-1-2024 04:17 AM
Msia ni patutnya dah level Ostolia/Spore kalau pemimpin tak rasuah.. sakau. Melayu tipu melayu tu pu ...

Tu lah, 2013 10 th lepas sakau 3 billion lebih kalau convert to ringgit. Boleh buat berapa hospital berapa highway dah.

Tapi bila pm yg semasa ni byk org pulak dok tuntut itu ini, tak menyempat nk bagi makmur balik. Dulu pm joli katak hangpa biaq ja, siap angkat jadi bosskur lagi, bosskur bab mencuri elok sgt lah.

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 10:07 AM | Show all posts
Headline 2024!

"Penyakau gagal menimbulkan keraguan munasabah wang masuk akaun peribadi"- Bermama





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke duit dari Arab Saudi ni diberi kepada najib atas sumbangannya dlm kemajuan agama Islam..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 10:25 AM | Show all posts
aku masih ingat lagi statement najib bila skandal 1mdb terburai diseluruh dunia.

Ingatkan dia akan bagi statement untuk menjelaskan pasal skandal tersebut..  rupanya dia corner dengan "Kami boleh bayar hutang 1mdb" tanpa menjelaskan tentang skandal yang dah terkenal seantero dunia... terpinga-pinga semua dibuatnya.

Hebat betul bijan ni... sampai sekarang dia percaya dia tak bersalah. Yang peliknya mahukan pengampunan, sepatutnya buat apa pengampunan klu tak besalah
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Rugi masuk penjara sebab songlap duit....

Yg untungnya kalau masuk penjara sebab meliwat... Kat dalam penjara hari-hari boleh meliwat banduan lembut berkulit cerah.. Pelincir planta juga ada disediakan sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 12:02 PM | Show all posts
Perwira2022 replied at 3-1-2024 10:49 AM
Rugi masuk penjara sebab songlap duit....

Yg untungnya kalau masuk penjara sebab meliwat... Kat dal ...

tak baik cakap lagu tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 12:18 PM | Show all posts
grouper replied at 3-1-2024 10:13 AM
Bukan ke duit dari Arab Saudi ni diberi kepada najib atas sumbangannya dlm kemajuan agama Islam..

Sumbangan apo... 1MDB buat joint venture dgn kompani2 Arab tu...account Jho Low jaga....pastu duit masuk akaun peribadi Jibby. Hoyahoi....masih kelam x paham2 kes ke?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2024 12:21 PM | Show all posts
cbuk lagi ngan ketuanan melayu padahal korang lah kaki sakau

langsung tak ingat kubo

ada hati plak harap pengampunan
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 01:39 PM | Show all posts
semua ni konspirasi terancang utk mengenakan bijan. tidak dinafikan bijan mungkin ada melakukan kesalahan.  tapi part ni nampak sgt ia adalah perangkap yang mengena
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyaknyo najib pump duit.. ni br btl 7 keturunan makan x habes..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 02:08 PM | Show all posts
Masih segar di ingatan cogan kata 'Malu apa bossku?...'

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.070013 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list