CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34013|Reply: 15

Peminat Bengang Persembahan Kedua Batal Saat Akhir, Gambar Siti Nordiana Pun Tiada Di Backdrop Pentas

[Copy link]
Post time 2-1-2024 04:57 PM | Show all posts |Read mode
Peminat Siti Nordiana meluahkan rasa kecewa apabila penyanyi itu hanya diberikan peluang menyampaikan satu lagu sahaja semasa Sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) dan Konsert Ambang Tahun Baharu 2024 yang berlangsung pada Ahad lalu.


Menurut pengurusnya iaitu Mohamad Al Anas Osman, 39, Siti Nordiana sepatutnya menyanyikan dua buah lagu namun persembahan kedua berjudul Bakawali dibatalkan saat-saat akhir.


Mengulas mengenai perkara itu, Anas berkata pihaknya perlu mendapatkan penjelasan daripada pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Negeri Melaka.




Foto: mStar




"Ia baru diketahui di belakang pentas semasa Nana nak naik ke atas pentas nyanyi lagu itu. Kami pun sebenarnya masih menunggu penjelasan daripada pihak mereka apa yang berlaku sebenarnya.


"Saya pun tak boleh nak komen apa sebab saya tak tahu mereka punya perancangan, rasanya lebih baik tunggu penjelasan daripada mereka," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.


Pada malam berkenaan, Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana hanya menghiburkan peminat dengan sebuah lagu berjudul Tun Fatimah.


Sementara itu, Anas berkata pihaknya sentiasa bersikap profesional dan memahami sekiranya wujud salah faham di antara penganjur.


Namun dia sedikit kecewa apabila ada peminat yang datang dari jauh tidak dapat menyaksikan persembahan Siti Nordiana secara langsung pada malam itu.


"Kalau nak diikutkan benda ini bukanlah perkara besar, kita faham. Nana pun sebelum ini pernah buat persembahan di acara besar.


"Salah faham dalam komunikasi itu perkara biasa. Penganjur akan lalui perkara ini dan pihak artis juga faham jika ada perubahan saat akhir.


"Soal bayaran tak ada masalah, sebab memang dah selesai awal dua tiga hari sebelum majlis berkenaan," ujarnya.


Mengulas mengenai ketiadaan foto Nana skrin pentas, Anas berkata dia tidak pasti mengenai perkara itu namun poster awal yang diterima ada memaparkan wajah penyanyi berusia 39 tahun itu.


"Saya terima poster dari pihak penganjur yang ada gambar Nana dan poster promosi yang dipaparkan di negeri itu juga ada gambar Nana.


"Cuma saya tak pasti kenapa poster digital yang berada di atas pentas tak ada gambar Nana. Saya tak tahu dan belum ada jawapan itu," kongsinya.


Sebelum ini, peminat Nana di laman X meluahkan rasa kecewa dan terkilan apabila penyanyi kesayangan mereka tidak muncul di atas pentas bagi persembahan lagu kedua.


Malah rata-rata mereka menuntut permohonanan maaf secara terbuka daripada pihak Kementerian Pelancongan Negeri Melaka mengenai perkara itu.


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2024 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat mana nak tengok performance show ni kot ada yg rekod? Artis2 jemputan lejen2 betul. Abgadek iols nyanyi lagu apa malam tu?
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 10:27 PM | Show all posts
tak cukup masa kott... takkan nak potong lagu tokti pulek... zoners merusuh dekat sungai melaka nanti
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 2-1-2024 08:42 PM
Kat mana nak tengok performance show ni kot ada yg rekod? Artis2 jemputan lejen2 betul. Abgadek iols ...

boleh tgk di fb page kerajaan negeri melaka
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
sleepandream replied at 2-1-2024 10:27 PM
tak cukup masa kott... takkan nak potong lagu tokti pulek... zoners merusuh dekat sungai melaka nant ...

????????????????????????????????????????
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk kat IG fabulousmelaka pun x jumpa Organizer punya explanation,,, teruk nya diaorg organize,,,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-1-2024 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by nazniafrina at 2-1-2024 11:43 PM

Nie link full program

https://www.youtube.com/live/sdk22OcUuKo?si=K6IHbHBBSOou_wU4
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 07:39 AM | Show all posts
sleepandream replied at 2-1-2024 02:27 PM
tak cukup masa kott... takkan nak potong lagu tokti pulek... zoners merusuh dekat sungai melaka nant ...

weols pun syak overrun.. lagi pun masa tu, Melaka ni kejap hujan, kejap teduh. Overrun pulak kalau VIP pun sampai lambat, stuck kat traffic jam. Jalan banyak yang tutup.

Maka terpaksa la performance Nana kena cancel. tapi takpe la since payment pun dah dapat full.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2024 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Mentang2 Nana tu lembut baik je korg buat cmni ek.Meols pon awal2 pelik asal Nana nyanyi satu lagu je selalu at least 2 lagu repunye ade kisah lain pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 08:14 AM | Show all posts
sleepandream replied at 2-1-2024 10:27 PM
tak cukup masa kott... takkan nak potong lagu tokti pulek... zoners merusuh dekat sungai melaka nant ...

mau merebak rusuhan sampai ke Muo kalau TokTi yang kena.so terpaksa korbankan Nana. takpo la Nana sbb bayaran is full peminat aje yg over sgt nii.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu dh dbyr utk lagu ke2 tu ok la kan… senang buat duit xyh nynyi pun
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib yg kena Nana kalau tokti....habis kena serang dengan zoners....lagipun berani ke nak buat macam tu kat tokti....
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 09:51 AM | Show all posts
Iols tengok kat tt bersepah gambar abgadek, wife dia dgn toktik bergambar sesama
Shomel
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 09:56 AM | Show all posts
doubleA replied at 2-1-2024 12:42 PM
Kat mana nak tengok performance show ni kot ada yg rekod? Artis2 jemputan lejen2 betul. Abgadek iols ...

Iols tengok kat tt abgadek nyanyi 3 lagu kot.. ABANG BECA, GERIMIS MENGUNDANG, KEMBALI MERINDU kot kalau tak silap lah
Sbb tak tunjuk full clip tu short2.. Yg gerimis mengundang je iols tengok full
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 10:29 PM | Show all posts
dewi_rina replied at 3-1-2024 09:51 AM
Iols tengok kat tt bersepah gambar abgadek, wife dia dgn toktik bergambar sesama
Shomel

sharelah kat sini sisthur...rasanya dah lama orang nak tengok diorang dalam satu gambar gaytoh. Iols ada tengok ctdk nyanyi sama lagu gerimis mengundang tak silap, masa zamani perform...gitu sangat gigih tengok molot orang kumat kamit
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 09:55 AM | Show all posts
hyie replied at 3-1-2024 02:29 PM
sharelah kat sini sisthur...rasanya dah lama orang nak tengok diorang dalam satu gambar gaytoh. Io ...

Tulah iols ingat gambar throwback ke apa, sekali bawah tu ada tulisan SELAMAT TAHUN BARU 2024
Mimpi ke apa ni, betul rupanya.. Happy tengok masing2 happy.. Wife abamadek pun dah tonde down tak over
Alhamdulillah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55421 Replies : 25
Lepas setahun baru tahu ‘berjiran’ dengan Highland Towers
ultra78Lepas setahun baru tahu ‘berjiran’ den
Views : 18230 Replies : 50
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 38122 Replies : 1400
Kereta Wanita Mengandung Eksiden Selepas Cuba Beri Laluan Ambulan Di Lampu Isyarat.Disaman Pulis Kerana Kereta Hanya Boleh Elak Ke Tepi Bukan Ke Hadapan
YgBenarKereta Wanita Mengandung Eksiden Selepas
Views : 74883 Replies : 39
Aisar Khaled 'kejar'  Fuji ratu fyp Indonesia
sonya21Aisar Khaled 'kejar' Fuji ratu
Views : 31043 Replies : 45
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 6152 Replies : 219
Mangkuk kosong pun kena bayar
ultra78Mangkuk kosong pun kena bayar
Views : 28628 Replies : 18
Menteri Sumber Manusia  Steven Sim Bantu 7 Beranak Yang Tinggal Dalam Kereta Kerana Kena Scam Dengan Tuan Rumah
YgBenarMenteri Sumber Manusia Steven Sim Bantu
Views : 30800 Replies : 33
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 239600 Replies : 1384

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.103510 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list