CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31975|Reply: 0

[Pahang] Tukang mozek rugi RM29,000 angkara janda

[Copy link]
Post time 2-1-2024 04:03 PM | Show all posts |Read mode
Tukang mozek rugi RM29,000 angkara janda

OlehNORAWAZNI YUSOF
02 Januari 2024 02:46pm




Mui Fei (kanan) menunjukkan perbualan dan pembelian barangan yang dilakukan sehingga menyebabkan kerugian pada sidang akhbar di Pusat Khidmat DUN Semambu pada Selasa.




KUANTAN - Perkenalan seorang tukang mozek dengan seorang janda berakhir malang apabila wang simpanan sebanyak RM29,000 miliknya lebur akibat diperdaya sindiket jual beli barang menggunakan aplikasi.

Mangsa, Foong Mun Fei, 42, berkata, dia berkenalan dengan janda dikenali sebagai Xue menerusi media sosial.



Menurutnya, Xue memaklumkan mahu mencari teman hidup selepas bercerai dengan suaminya sejak tiga tahun lalu.

"Selepas seminggu kami berkenalan, dia (Xue) tunjuk tangkap layar satu aplikasi. Dia telah memasukkan wang sebanyak RM30,000 di dalam aplikasi itu.



"Dia meminta saya untuk membeli barang seperti jam dan barang kemas untuk mendapat keuntungan," katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu, di sini, pada Selasa.

Hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Chan Chun Kuang dan wakil Malaysia International Humanitarian Organization (MHO), Daniel Khoo.

Mun Fei memaklumkan, dia memasukkan sebanyak RM1,000 ke dalam aplikasi tersebut bagi tujuan membeli barangan sebagai permulaan.






Dari kanan: Mun Fei, Chun Kuang dan Danial ketika sidang akhbar pada Selasa.




Jelasnya, selepas membuat pembelian, aplikasi terbabit menunjukkan dia memperoleh keuntungan sebanyak RM250.

“Saya memasukkan wang sebanyak RM25,000 lagi dan kali ketiga sebanyak RM3,000 ke dalam akaun berbeza.

"Namun saya gagal mendapatkan kembali kesemua wang dan keuntungan yang dinyatakan,” katanya.










Dia yang menetap di daerah ini mengakui tertipu selepas gagal memperoleh keuntungan dan gagal menghubungi wanita terbabit.

“Saya lihat nombor telefon Whatsapp masih aktif namun apabila saya cuba menghubungi Xue, dia sudah tidak membalas dan menjawab panggilan.

“Saya membuat laporan polis pada 25 Disember lalu dan mahu pihak polis melakukan siasatan berkaitan kes ini," katanya yang turut menasihatkan kepada orang ramai agar tidak menjadi mangsa penipuan.

Sementara itu, Chun Kuang berkata, pihaknya telah berbincang dengan beberapa pihak termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pihak polis bagi menangani masalah sindiket penipuan di negara ini.

Ujarnya, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas dan menasihatkan mana-mana pemilik akaun agar tidak terpedaya dan tidak meminjamkan akaun mereka kepada pihak lain.

"Kita bimbang akaun ini akan disalahgunakan untuk aktiviti penipuan,” katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.048587 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list