CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45419|Reply: 0

[Tempatan] Sewa RM100 pun liat bayar, tak malu duduk ‘free’

[Copy link]
Post time 31-12-2023 06:20 PM | Show all posts |Read mode
Sewa RM100 pun liat bayar, tak malu duduk ‘free’


Seh Yong ketika meninjau kawasan PPR Lobak termasuk pemasangan jeriji besi di meter air penduduk bagi mengelak kes curi air di kawasan tersebut.


SEREMBAN – Sebahagian penyewa di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lobak, di sini, dikesan tidak segan menduduki kediaman berkenaan secara percuma hingga ada di antaranya mencecah tunggakan sewa lebih RM30,000.

Difahamkan, tunggakan keseluruhan 131 unit itu kini kira-kira RM1 juta sejak lebih 20 tahun lalu.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lobak, Chew Seh Yong, terdapat penyewa yang mempunyai tunggakan lebih RM30,000 sedangkan sewa di penempatan berkenaan hanya RM100 sebulan, manakala RM50 untuk penyelenggaraan.

“Ini bermakna dia memang tidak membayar sewa sejak 20 tahun lalu. Lelaki yang berusia 49 tahun ini dulu bekerja sebagai tukang sapu, namun kini tidak mampu bekerja lagi kerana mengalami lumpuh dan kini tinggal dengan anaknya,” katanya kepada pemberita di PPR Lobak, di sini, hari ini.

Ujar Seh Yong lagi, bagi mengatasi masalah tersebut, pihak Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah melakukan pemutihan dengan mengeluarkan perjanjian baharu kepada penyewa.

“Pihak MBS memberi amaran akan mengunci rumah kepada penyewa yang gagal melunaskan tunggakan seterusnya menamatkan kontrak.

“Bagaimanapun, kami faham dengan kesusahan yang dialami mereka. Penyewa boleh membayar tunggakan secara ansuran. Tidak kisah jumlahnya, asalkan ada kemahuan untuk bayar,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... ak-malu-duduk-free/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.061337 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list