CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35111|Reply: 0

[Dunia] Penduduk Gaza sudah letih

[Copy link]
Post time 31-12-2023 05:30 PM | Show all posts |Read mode
Penduduk Gaza sudah letih


PENDUDUK berpegangan tangan ketika melakukan pemeriksaan di runtuhan bangunan susulan serangan Israel di Rafah, selatan Gaza. FOTO AFP


Gaza: Penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal selepas serangan berterusan daripada tentera Israel yang sudah memasuki minggu ke-13, semakin keletihan.

Bandar di selatan Gaza, Khan Yunis, menjadi tumpuan terbaharu serangan bom udara dan darat Israel.

Sementara itu, kawasan sempadan Rafah dekat Mesir dipenuhi dengan penduduk Gaza yang mencari perlindungan daripada pengeboman tanpa henti Israel dalam memerangi Hamas.

Penduduk Umm Louay Abu Khater, 49, berkata, dia melarikan diri dari rumahnya di Khan Yunis bagi berlindung di Rafah.

Bagaimanapun, sempadan Rafah juga disifatkan semakin tidak selamat apabila turut diserang Israel.


"Cukuplah dengan perang ini! Kami benar-benar letih. Kami sentiasa berpindah dari satu tempat ke tempat lain dalam cuaca sejuk. Bom itu terus menimpa kami siang dan malam," katanya.


Seorang lagi penduduk Ahmad al-Baz, 33, yang berada di kem sementara di Rafah berkata, ini adalah tahun terburuk dalam hidupnya.

"Ketika 2023 semakin hampir melabuhkan tirai, ia adalah tahun kemusnahan dan yang paling buruk.

"Kami hanya mahu perang berakhir, dan memulakan tahun baharu di rumah, dengan gencatan senjata diisytiharkan," katanya.

Dalam pada itu, seorang wartawan melaporkan tembakan artileri berterusan semalaman di Rafah dan Khan Yunis.

Tentera Israel meneruskan kempennya dalam menghadapi tekanan antarabangsa yang semakin meningkat, melaporkan pertempuran sengit dan serangan udara di seluruh wilayah Palestin yang sempit.

Antara tempat yang menjadi sasaran adalah dua kawasan tentera Hamas di Beit Lahia, utara Gaza.

Ketua Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres semalam mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata kemanusiaan yang segera.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran mengenai ancaman penularan penyakit berjangkit yang semakin meningkat dalam kalangan penduduk Gaza.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/global ... uk-gaza-sudah-letih

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.118918 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list