CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21684|Reply: 0

Baru Tahu Margot Robbie Amal Diet ‘Kimchi’ Untuk Jadi Barbie Yang Sempurna

[Copy link]
Post time 31-12-2023 10:58 AM | Show all posts |Read mode
Baru Tahu Margot Robbie Amal Diet ‘Kimchi’ Untuk Jadi Barbie Yang Sempurna


Margot Robbie makan makanan yang ditapai seperti kimchi untuk membantunya membuat persediaan untuk watak filem ‘Barbie’.

Jasmina Vico, yang merupakan pakar penjagaan kulit terkenal pelakon Barbie berkongsi bahawa dia menyediakan rejimen komprehensif untuk Margot yang melibatkan rangkaian makanan tambahan, pelarasan diet dan rawatan kulit sesuai untuknya.


Untuk diet harian, Vico memasukkan pelbagai makanan yang ditapai, dan antaranya kimchi.

“Margot makan makanan yang ditapai seperti sauerkraut, kimchi, dan kefir, semua jenis makanan pahit. Semua makanan ini menggalakkan penyembuhan dan mengurangkan tekanan dalam badan.”

Kimchi diketahui mengandungi lactobacillus, sejenis bakteria yang memupuk keseimbangan bakteria yang harmoni dalam usus. Kajian mendapati bahawa mengekalkan kesihatan usus penting untuk mencapai kulit yang sihat dan berseri. Hal ini kerana gangguan dalam keseimbangan usus telah dikaitkan dengan masalah kulit seperti jerawat.




Kajian pada tahun 2015 memasukkan bakteria kimchi ke dalam diet harian selama empat minggu telah menunjukkan tahap asid hyaluronik yang tinggi, memberikan rangsangan semula jadi dalam penghidratan kulit.

Mungkin kamu yang tak makan kimchi, cuba makan sikit demi sikit. Mana tahu lama-lama kamu jadi manis dan cantik berseri macam Barbie.

Sumber:https://murai.my/2023/196195/bar ... rbie-yang-sempurna/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.061822 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list