CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35306|Reply: 0

[Kelantan] Jalan runtuh, penduduk kampung di Jeli terputus hubungan

[Copy link]
Post time 30-12-2023 03:58 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan jalan yang runtuh ekoran hujan lebat berterusan di Kampung Janggut Seberang, Jeli sejak semalam. FOTO ROSMIZAN RESDI/ KOSMO!

JELI – Kira-kira 50 buah keluarga di Kampung Janggut Seberang, di sini terputus hubungan selepas jalan utama yang menjadi laluan utama untuk keluar dan masuk ke kampung berkenaan runtuh petang semalam.

Tinjauan Kosmo! di kawasan tersebut mendapati, keseluruhan struktur jalan itu runtuh sehingga menyebabkan laluan utama ke kampung berkenaan tidak dapat digunakan.

Seorang penduduk Mohd. Ayub Zakaria, 43, berkata, runtuhan yang berlaku kira-kira pukul 5 petang semalam itu disebabkan arus sungai yang deras dan hujan lebat yang berterusan sejak dua hari lalu.

Menurutnya, penduduk mula menyedari berlaku runtuhan kecil kira-kira pukul 9 pagi sebelum berlaku runtuhan yang lebih teruk pada sebelah petang.

“Keadaan itu membimbangkan kami kerana laluan tersebut sudah tidak selamat. Runtuhan mungkin akan berlaku lagi sekiranya hujan lebat berterusan.

“Jadi, penduduk di sini amat berharap agar tindakan segera dapat diambil memandangkan laluan itu adalah satu-satunya jalan untuk keluar dan masuk ke kampung ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Janggut Seberang, di sini hari ini.

Mohd. Ayub memberitahu, setakat ini, penduduk kampung bergotong-royong membuat laluan pejalan kaki di kebun penduduk bagi memudahkan urusan keluar dan masuk untuk membeli barangan keperluan harian.

Sementara itu, Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Balah menerusi laman sosial Facebook memaklumkan, Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Balah, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil sudah melakukan tinjauan dan perkara berkenaan sudah dalam perhatian pihak berwajib. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... -terputus-hubungan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.042198 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list