CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33733|Reply: 0

[Terengganu] Banjir Terengganu: 6 daerah terjejas, 1,823 masih di PPS

[Copy link]
Post time 29-12-2023 04:49 PM | Show all posts |Read mode
Banjir Terengganu: 6 daerah terjejas, 1,823 masih di PPS


Oleh Zatul Iffah Zolkiply - Disember 29, 2023 @ 4:05pm  zatuliffah@bh.com.my




Penduduk membersih dan mengalihkan kayu yang hanyut selepas air mulai surut di Kalang Warisan, Kampung Pulau Manis, Serada, Kuala Terengganu. - Foto NSTP/Ghazali Kori




KUALA TERENGGANU: Enam daerah di Terengganu masih terjejas akibat banjir gelombang ketiga dengan 1,823 mangsa berada di 24 pusat pemindahan sementara (PPS).

Setakat jam 2 petang, semua mangsa daripada 470 keluarga itu ditempatkan di PPS daerah Kemaman, Dungun, Marang, Setiu, Hulu Terengganu dan Kuala Nerus.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Kuala Terengganu menjadi daerah terbaharu pulih daripada banjir apabila seramai 132 mangsa daripada 36 keluarga yang sebelum ini berada di dua PPS dibenarkan pulang secara berperingkat.

Ia susulan penutupan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Nilam dan Dewan Sivik Pulau Duyong.

Dungun masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 1,417 mangsa (381 keluarga) berada di 18 PPS.

Bagaimanapun, ia menunjukkan penurunan berbanding 2,088 orang (558 keluarga) di 26 PPS pagi tadi.

Seramai 305 mangsa daripada 67 keluarga berada di dua PPS di Hulu Terengganu manakala satu PPS masih aktif di Kemaman bagi menempatkan 31 mangsa daripada tujuh keluarga.

Di Marang, seramai 30 penduduk (lapan keluarga) yang terjejas berlindung di satu PPS manakala enam keluarga membabitkan 34 mangsa lagi berada di satu PPS di Setiu.

Enam beranak daripada satu keluarga ditempatkan di PPS di Dewan Serbaguna Taman Perumahan Wakaf Tengah di Kuala Nerus.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.362749 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list