CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28720|Reply: 0

[Sabah] Empat lelaki cuba seludup keluar 472 kampit beras ditahan

[Copy link]
Post time 28-12-2023 06:38 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Suspek dan rampasan beras berkenaan ditahan untuk tindakan selanjutnya.

SEMPORNA: Empat lelaki ditahan selepas disyaki cuba menyeludup 472 kampit beras ke negara jiran di kawasan laut Mantabuan, di sini, tengah malam tadi.  

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, semua suspek berusia 25 hingga 41 tahun itu ditahan selepas didapati dalam keadaan mencurigakan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menerusi Op Taring Gelora di kawasan berkenaan.

Timbalan Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Superintendan Abd Nasir Othman berkata, bot jenis pukat ikan kalibu itu dikesan dalam keadaan mencurigakan sebelum ditahan untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan di dalam ruang bot berjaya menemukan sebanyak 472 kampit beras berisi 10 kilogram setiap kampit.

“Juragan bot terbabit gagal menunjukkan surat kebenaran daripada pihak kawal selia padi dan beras,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, semua beras berkenaan disyaki mahu diseludup ke negara jiran berdasarkan lokasi bot suspek dikesan.

“Semua tangkapan terdiri tiga lelaki warga asing dan seorang warga tempatan itu kemudian dibawa ke Jeti Marin PPM Semporna untuk tindakan lanjut.

“Nilai keseluruhan rampasan beras termasuk bot dan enjin berjumlah dianggarkan bernilai RM88,216,” katanya.

Beliau berkata, kes berkenaan dirujuk ke Kawalselia Padi dan Beras, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522).


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.068838 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list