CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4128|Reply: 0

[Johor] Barang kes bernilai RM114,500 dilupuskan

[Copy link]
Post time 28-12-2023 03:49 PM | Show all posts |Read mode

BAHRIN (dua dari kanan) melihat kerja-kerja menurunkan barang-barang kes yang dilupuskan di sebuah kilang kelapa sawit di Taman Kluang Barat, Kluang hari ini.

KLUANG – Sejumlah kira-kira RM114,500 barang-barang yang dirampas daripada kegiatan jenayah sepanjang tahun 2015 hingga 2018 dilupuskan menggunakan cara pembakaran di sebuah kilang kelapa sawit di Taman Kluang Barat di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, semua barang-barang kes yang dilupuskan ini selepas mendapat kelulusan daripada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) kerana sabitan jenayah sudah selesai pendakwaan di Mahkamah.

Katanya, proses pelupusan barang-barang rampasan seperti ini akan terus dilakukan dari semasa ke semasa selepas menerima kebenaran daripada pihak terbabit.

“Antara barang-barang rampasan yang dilupuskan hari ini adalah 21,573 karton rokok putih pelbagai jenama dengan nilai anggaran sebanyak RM107,865 dan 294 tin arak pelbagai jenama bernilai RM1470.

“Turut dibakar adalah barang-barang eletronik melibatkan 33 buah telefon bimbit pelbagai jenama, 220 buah komputer riba dan 42 buah mobile printer dengan anggaran keseluruhan sebanyak RM114,500 termasuk rokok putih dan arak,”katanya.

Bahrin berkata demikian selepas menyaksikan pelupusan barang-barang kes di sebuah kilang kelapa sawit di Taman Kluang Barat di Kluang hari ini.

Sebelum itu, pihak polis terpaksa menggunakan dua buah lori untuk mengangkut barang-barang kes daripada stor simpanan barang-barang rampasan ke kilang kelapa sawit berkenaan.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... m114500-dilupuskan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.545783 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list