CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5747|Reply: 0

[Johor] Banjir: 121 mangsa di tiga PPS seluruh Johor

[Copy link]
Post time 28-12-2023 12:58 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA APM melakukan pemantuan ke atas kediaman penduduk yang dinaiki air di Kampung Batu Badak, Segamat, semalam.

JOHOR BAHRU – Banjir yang melanda dua daerah di negeri ini menyaksikan seramai 121 mangsa masih ditempatkan di tiga buah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka, setakat pukul 8 pagi hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memberitahu, mereka terdiri daripada 39 buah keluarga.

“Tiga PPS yang dibuka adalah PPS Kompleks Taman Negara Endau Rompin di Mersing; PPS Balairaya Kampung Batu Badak di Segamat dan PPS Balairaya Kampung Jabi di Sekijang.

“Sementara itu, terdapat dua laluan di daerah Mersing yang kini telah ditutup untuk laluan pengguna iaitu Jalan Kampung Orang Asli Peta dan Jalan Jabi-Bukit Tempurung,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Azmi yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor turut memberitahu, kejadian banjir di negeri ini tidak merekodkan sebarang kecederaan atau kematian melibatkan mangsa.

“Jabatan Meteorologi pula menjangkakan bahawa beberapa daerah di negeri ini akan dilanda ribut petir iaitu Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian, Kulai.

“Manakala daerah lain iaitu Segamat, Mersing, Johor Bahru, Kulai, Kluang dan Kota Tinggi pula dijangka akan berlaku hujan berterusan,” ujarnya.

Tambah beliau, Sungai Siku di Kampung Murni Jaya, Kulai menunjukkan paras waspada manakala Sungai Lenik di Ladang Chaah pula menunjukkan paras amaran.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... -pps-seluruh-johor/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.471969 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list