CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4890|Reply: 0

[Terengganu] Banjir: 6,281 mangsa masih terjejas di Terengganu

[Copy link]
Post time 28-12-2023 12:51 PM | Show all posts |Read mode

Seorang lelaki warga emas merenung rumahnya yang masih digenangi banjir di Kampung Matang, Hulu Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Hujan yang kembali turun sejak malam tadi menyebabkan mangsa terjejas di Terengganu naik sedikit kepada 6,281 orang daripada 1,756 keluarga.

Sebanyak 59 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di seluruh negeri ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Dungun kekal daerah paling terjejas dengan 2,849 mangsa daripada 785 keluarga berada di 31 PPS.

“Seramai 1,666 mangsa daripada 497 keluarga pula berada di 10 PPS di Hulu Terengganu.

“Sebanyak enam PPS dengan 843 mangsa daripada 231 keluarga masih dibuka di Kemaman,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, Kuala Nerus masih mempunyai 401 mangsa daripada 108 keluarga di tiga PPS.

Tambahnya, seramai 210 mangsa daripada 55 keluarga berada di tiga PPS di Kuala Terengganu.

“Sebanyak empat PPS yang dihuni 125 mangsa daripada 30 keluarga dibuka di Setiu.

“Marang pula masih mempunyai 121 mangsa daripada 31 keluarga di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Merchang,” katanya.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, seramai 66 mangsa daripada 19 keluarga pula berada di PPS Dewan Terbuka Kampung Belaoh, Besut. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... ejas-di-terengganu/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.048028 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list