CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23396|Reply: 2

[DUNIA] Muzium putus cinta, papar ratusan koleksi peribadi daripada kisah cinta yang musnah

[Copy link]
Post time 27-12-2023 10:30 PM | Show all posts |Read mode
Muzium putus cinta, papar ratusan koleksi peribadi daripada kisah cinta yang musnah


29broken - Entrance, Museum of Broken Relationships, Zagreb, Croatia. (Necee Regis for The Boston Globe)
CINTA itu indah dan mengasyikkan apabila berada dalam suasana yang gembira. Perasaannya sukar diungkap dengan kata-kata. Tetapi, cinta tidak menjamin akan selamanya mekar dan kekal. Sampai masa, apabila sudah tidak ada keserasian, kemanisan bertukar pahit, maka keindahan cinta itu juga berakhir.

Putus cinta, ditinggalkan sang kekasih mungkin hanya perkara biasa di dunia ini. Namun, sebuah tempat di Croatia mempunyai lokasi untuk menyimpan memori pahit cinta yang tidak kesampaian.

Museum of Broken Relationships terletak di Zagreb, Croatia. Lokasinya di bangunan barok Kulmer yang indah, betul-betul di Upper Town iaitu tempat bersejarah Zagreb yang menjadi tumpuan para pelancong. Untuk sampai ke sini dari Lapangan Terbang Antarabangsa Zagreb, jaraknya sekitar 14 kilometer.


Bangunan muzium putus cinta di Zagreb, Crotia.




Mastika pernah berkunjung ke muzium ini beberapa tahun lalu. Berada di dalam tempat menyimpan khazanah cinta ini sebenarnya tidaklah besar mana, iaitu kira-kira dua atau tiga lot kedai kecil sahaja.

Walaupun begitu, barang-barang yang dipamerkan di sini tidak padan dengan saiz muzium tersebut. Koleksi di dalamnya terlalu banyak dan jika dikirakan melebihi 800 barang. Setiap daripada koleksi peribadi itu pula siap disertakan dengan cacatan ringkas tentang cerita di sebaliknya, tarikh dan lokasi.

Apa yang menarik, barangan dalam muzium ini mempunyai satu persamaan di mana kesemuanya adalah tinggalan dari sebuah percintaan yang gagal.



Setiap barang yang dipamerkan mempunyai kisah tersendiri.
Kebanyakan barang pameran dalam muzium putus cinta ini nampak biasa-biasa sahaja. Ada sebahagiannya kelihatan lusuh, rosak dan nampak buruk seperti barang terbuang. Walaupun rupanya begitu, ia sebenarnya mempunyai nilai sentimental tersendiri, malah menyimpan pelbagai emosi – sedih, kecewa dan marah dari seluruh dunia.

Umpamanya, kisah di sebalik sebuah telefon bimbit dari Zagreb, Croatia, bertarikh 12 Julai 2003 – 14 April 2004. Menurut penderma, “Ia merupakan 300 hari yang terlalu lama. Dia memberikan telefon bimbitnya kepada saya supaya saya tidak dapat menghubunginya lagi.”

Catatan pada pembuka penutup botol juga tidak kurang sedihnya, “Awak kata, awak cintakan saya. Memberikan saya hadiah setiap hari. Ini adalah salah satu daripada hadiah awak. Kunci kepada jantung. Tapi, awak berpaling daripada saya dan awak tidak mahu tidur dengan saya. Baru saya sedar betapa awak sayangkan saya hanya selepas awak meninggal dunia akibat AIDS.”

Kisah di sebalik kotak A, bertarikh 1973 hingga 2000 dari Maribor, Slovenia turut meruntun jiwa. Di samping kotak itu tertulis, “Jelka, Vlado, November 15, 1975. Vlado dibuat selepas perkahwinan kami, iaitu ketika dia dalam tentera. Setelah 18 tahun berkahwin, dia meninggalkan saya kerana wanita lain. Dan kami bercerai secara rasmi pada ulang tahun perkahwinan kami yang ke-25. Saya memutuskan membuat kejutan ulang tahun untuknya. Saya meminta supaya di atas kek ulang tahun itu ditulis dengan nombor 25 dan kemudian dipotong separuh.

“Anak-anak menyambut ulang tahun pertama kami secara berasingan – saya dan kemudian dengan bapa mereka. Dia dan teman wanitanya sangat terkejut tetapi mereka memakan kek itu sampai habis, sama seperti tamatnya perkahwinan kami…”


Nampak biasa tetapi barangan ini juga ada kisah tersendiri di sebaliknya.



Antara barang yang dipamerkan, didapati daripada kenangan cinta yang telah berakhir.

Ternyata, cinta itu juga kadang-kadang sukar untuk di mengertikan. Pemilik kepada set pencukur dari Zagreb (1987-1996) menulis, “Dia membelikan saya kit pencukur ini sempena hari lahir saya. Saya tidak menggunakannya untuk tempoh yang agak lama, tetapi disimpan sebagai tanda ingatan.

“Ketika kami bertemu, dia berumur 17 tahun dan saya 27 tahun. Kami berkahwin dan memiliki tiga orang anak. Kami berpisah selepas 10 tahun, pada ketika di mana saya masih terlalu mencintainya. Dia kemudian berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan. Saya berharap dia tidak mencintai saya lagi. Dan juga berharap dia tidak tahu bahawa dia satu-satunya insan yang pernah saya sayangi.”

Demikian antara sebahagian perjalanan emosi yang menyentuh perasaan tersimpan dalam muzium putus cinta. Lain-lain barangan pameran termasuklah doa dari seorang gadis Filipina untuk tunangnya yang cedera parah akibat terlibat dalam satu kemalangan. Juga sepucuk surat cinta karangan seorang budak lelaki berusia 13 tahun yang lari meninggalkan Sarajevo sebaik perang meletus pada tahun 1990-an.



Idea menubuhkan muzium ini dicetuskan oleh pasangan seniman dari Zagreb, bernama Olinka Vistica dan Drazen Grubisic. Mereka mendapat inspirasi mewujudkan muzium tersebut selepas berpisah secara baik. Tiga tahun berikut, pasangan yang pernah menyulam kasih selama empat tahun ini mulai mengumpulkan sebanyak 40 koleksi kenangan dari bekas kekasih – milik sendiri serta sumbangan teman-teman.

Barang-barang tersebut kemudiannya dipamerkan dalam projek dinamakan Museum of Broken Relationships, yang dilancarkan pada tahun 2006. Untuk beberapa tahun sudah, muzium ini telah menjelajah ke sekitar lebih 20 buah negara, termasuk Eropah, Amerika Utara, Afrika dan Asia.

Hari ini, muzium berkenaan berhasil menyimpan beratus-ratus koleksi peribadi daripada penderma yang pernah ditinggalkan pasangan masing-masing akibat perceraian, curang dan kematian.

Kerana keunikannya, muzium tersebut telah menerima anugerah Kenneth Hudson Award, pemberian oleh European Museum Forum (EMF), sebagai muzium paling inovatif di Eropah pada bulan Mei 2011.


Olinka Vistica dan Drazen Grubisic, pasangan yang mendapat idea menubuhkan muzium ini selepas berpisah.

Sumber:https://utusantv.com/2023/12/23/ ... -cinta-yang-musnah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2023 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedeynya citer dari Slovenia.. bila tgk cikbuah jjcm sana, rasa lawa sungguh tmpt tu.. dah sama level lawa mcm Lauterbrunnen..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2024 01:55 PM | Show all posts
aku x simpan satu apa pun brg dr failed relationships. best not to be reminded of it.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.053267 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list