CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14004|Reply: 0

[Terengganu] Padan muka! 13 tahun dalam penjara

[Copy link]
Post time 27-12-2023 05:00 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR HIASAN

Kuala Terengganu: Dua warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 13 tahun di Mahkamah Sesyen di sini, tadi, atas tuduhan merogol seorang wanita kurang upaya kategori pendengaran dan bisu.

Hakim Nooriah Osman membuat keputusan itu selepas tertuduh, Akramullah Jamal Hussein, 26, dan Shunamiya Abdul Salam, 39, mengaku salah terhadap pertuduhan berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa bersama-sama merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 23 tahun secara berkumpulan di sebuah rumah kongsi di Ajil, Hulu Terengganu jam 7.30 malam pada 11 November 2020.

Mereka yang didakwa mengikut Seksyen 375 (B) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun, jika sabit kesalahan.



Sejurus pengakuan bersalah mereka direkodkan, mahkamah mengarahkan hukuman penjara bermula daripada tarikh tangkap iaitu pada 12 dan 13 November 2020.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Iffah Nabihah Mohd Ishak manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tahun-dalam-penjara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.051035 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list