CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5195|Reply: 0

[Terengganu] Banjir: 3 sungai di Terengganu masih lepasi paras bahaya

[Copy link]
Post time 27-12-2023 12:50 PM | Show all posts |Read mode

Pemandangan udara paras air sungai Terengganu selepas hujan lebat sejak beberapa hari lalu di Kampung Pulau Manis, Serada. FOTO GHAZALI KORI

Kuala Terengganu: Paras air di kebanyakan sungai utama di Terengganu mula menunjukkan penurunan pagi ini.

Ketika ini, hanya tiga sungai direkodkan melepasi paras bahaya, berbanding tujuh sungai malam tadi.

Selain itu, empat lagi sungai melepasi paras amaran dan tujuh sungai melepasi paras waspada.

Berdasarkan laman web rasmi Public InfoBanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, tiga sungai yang melepasi paras bahaya adalah Sungai Terengganu di Drawbridge, Kuala Terengganu dengan bacaan 2.09 meter (m); Sungai Dungun di Jambatan Jerangau, Dungun (14.57 m) dan Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman, Kemaman (4.64 m).

Empat sungai yang mencatatkan bacaan melepasi paras amaran masing-masing dua di Setiu dan Hulu Terengganu.

Di Setiu, ia membabitkan Sungai Nerus di Kampung Langkap dan Sungai Nerus di Kampung Bukit, masing-masing dengan bacaan 20.48 m dan 13.12 m.

Turut melepasi paras amaran adalah Sungai Berang di Kampung Menerong (24.10 m) dan Sungai Tersat di Kampung Sekayu (20.20 m) di daerah Hulu Terengganu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lepasi-paras-bahaya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.054841 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list