CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12801|Reply: 0

[Terengganu] 37 laluan di Terengganu ditutup akibat banjir

[Copy link]
Post time 26-12-2023 01:25 PM | Show all posts |Read mode

KEADAAN jalan utama di Kampung Kuala Ping yang ditenggelami banjir. FOTO Arkib NSTP

Kuala Terengganu: Sebanyak 37 laluan di Terengganu ditutup kepada semua kenderaan akibat banjir.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata, ia membabitkan 13 laluan di Hulu Terengganu, Besut (sembilan laluan), Dungun (enam laluan), Kemaman (lima laluan) dan Setiu (empat laluan).

Beliau berkata, jalan yang ditutup di Hulu Terengganu adalah jalan utama Felda Mengkawan di Kampung Lubok Periuk; Jalan Bukit Diman di Pengkalan Ajal; Jalan Bukit Perah-Kuala Kejir; Jalan Kuala Berang- Pengkalan Ajal dan Jalan Kampung Matang- Telemong.

Katanya, laluan lain yang ditutup adalah Jalan Bukit Tadok-Paloh Nyior; Jalan Kampung Nepah-Kuala Ping; Jalan Kampung Peris-Menerong; Jalan Kampung Felcra Betong; Jalan Paya Besar; Jalan Kampung Batu 24; Jalan Kampung Kua dan Jalan Kampung Tapah.



"Di Besut, sembilan laluan ditutup iaitu Jalan Kampung Air Hangat Panchor; Kampung Bekok Felda Tenang dan Kampung Padang Lengkuas.

"Turut ditutup adalah Jalan Kampung Jerebun; Jalan Padang Bola Kampung Belaoh; Jalan 2 Felda Tenang; Jalan Kampung Bekok; Jalan Lata Tembakah dan Jalan Lepan Kejur Ed," katanya ketika dihubungi di sini.

Mazli berkata, sebanyak enam jalan ditutup di Dungun iaitu Kilometer 118 Jalan Durian Mentangau; Jalan Tepus Kuala Jengai; Jalan Kuala Jengai- Rantau Panjang; Jalan Kuala Jengai-Sungai Cemuak dan Jalan Besol Lama Rantau Panjang.

Katanya, lima laluan di Kemaman ditutup iaitu Jalan Batu 14- Ayer Putih- Chukai; Jalan Teladas Air Puteh; Kampung Tebak-Jalan Air Putih; Jalan Lubok Lesung-Pelantoh dan Dadong-Chukai.

"Turut dinaiki air adalah empat laluan di daerah Setiu iaitu Jalan Ulu Seladang; Jalan Kampung Sri Kenangan Pelong;Kampung Besut di Permaisuri dan Jalan Lubuk Panjang-Chalok.

"Kita menasihatkan orang ramai khususnya pengguna jalan raya supaya berhati-hati dan merancang perjalanan dengan sebaiknya bagi mengelak kejadian tidak diingini.

"Pengguna jalan raya juga diingatkan tidak mengambil risiko melalui kawasan laluan yang ditutup," katanya.

Banjir gelombang ketiga yang bermula 24 Disember lalu menyaksikan tujuh daerah terjejas iaitu Besut, Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman, Setiu, Marang dan Kuala Nerus.

Setakat ini, lebih 10,000 mangsa terjejas dengan 134 pusat pemindahan sementara diaktifkan di seluruh Terengganu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tutup-akibat-banjir

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.499771 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list