CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3419|Reply: 0

[Terengganu] Banjir Terengganu semakin memburuk, mangsa meningkat 8,808 orang

[Copy link]
Post time 26-12-2023 12:53 PM | Show all posts |Read mode

Sebuah kenderaan pikap meredah banjir di Jongok Batu, Dungun semalam.

KUALA TERENGGANU – Situasi banjir di Terengganu semakin memburuk dengan mangsa yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) melonjak kepada 8,808 orang daripada 2,402 keluarga.

Kuala Nerus menjadi daerah terbaharu terjejas dengan satu-satunya daerah yang masih belum dilanda banjir di negeri ini hanyalah Kuala Terengganu.

Setakat ini 128 PPS telah dibuka di tujuh daerah terbabit iaitu Hulu Terengganu, Dungun, Besut, Setiu, Kemaman, Marang dan Kuala Nerus.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Hulu Terengganu mempunyai 3,005 mangsa daripada 874 keluarga yang berada di 34 PPS.

“Seramai 1,609 mangsa daripada 444 keluarga pula berada di 25 PPS di Dungun.

“Sebanyak 24 PPS yang mempunyai 1,609 mangsa daripada 364 keluarga telah dibuka di Besut,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, Setiu pula mempunyai 1,432 mangsa daripada 410 keluarga yang berlindung di 30 PPS.

Tambah beliau, seramai 48 mangsa daripada 12 keluarga berada di dua PPS di Marang.

“Sebanyak tiga PPS yang mempunyai 25 mangsa daripada tiga keluarga telah dibuka di Kuala Nerus,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... ningkat-8808-orang/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.472594 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list