CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29844|Reply: 0

[Terengganu] Kali pertama dilanda banjir selepas 40 tahun

[Copy link]
Post time 25-12-2023 05:29 PM | Show all posts |Read mode

Pintu gerbang Felda Kerteh turut dinaiki air dalam banjir kilat yang melanda petang Ahad. - Foto Facebook Satiful Bahri


DUNGUN - Hujan lebat berterusan sejak Sabtu menyebabkan penduduk di gugusan Felda Kerteh di sini berdepan bencana banjir luar jangka yang disifatkan sebagai pertama kali berlaku dalam tempoh 40 tahun.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Datuk Satiful Bahri Mamat menerusi hantaran di media sosial berkata, kawasan itu dinaiki air mendadak sekitar jam 4.40 petang pada Ahad.

    "Pertama kali dalam sejarah sejak 40 tahun berlaku banjir di Felda Kerteh 1, 4 dan Ketengah Jaya. Semoga ALLAH permudahkan urusan yang ditimpa musibah. Updated (kemas kini) jam 4.40 petang tadi (Ahad)," tulisnya.

Dalam pada itu, Satiful turut memuat naik hantaran memberitahu air mulai surut di Felda Kerteh 1 sekitar jam 7 malam pada Ahad.



Antara kawasan dinaiki air dalam bencana banjir yang melanda gugusan Felda Rasau Kerteh di Dungun pada petang Ahad. - Foto Facebook Satiful Bahri

Sementara itu, rata-rata penduduk mendakwa kejadian yang berlaku di Felda Kerteh 1, Felda Kerteh 4 dan Ketengah Jaya itu pertama kali berlaku sepanjang lebih 40 tahun kawasan Felda itu mula dibuka.

Salah seorang penduduk, Mohd Shukor Razak, 34, berkata, kejadian itu dipercayai berlaku akibat fenomena kepala air berpunca daripada limpahan air Sungai Hulu Paka.

"Sebelum kejadian, hujan lebat berlaku dan dalam sekelip mata tiba-tiba limpahan air yang deras memenuhi kawasan Felda ini menyebabkan kami semua panik.


"Kami hanya fikir nak selamatkan nyawa anak-anak kecil dan warga emas. Kami tak pernah berdepan situasi seburuk ini. Mungkin kepala air yang turun sebab dalam masa kurang 15 minit, hampir semua kawasan rendah ditenggelami air," katanya.



Antara kediaman yang dinaiki air dalam bencana banjir luar jangka yang berlaku pada Ahad. - Foto Facebook Satiful Bahri

Menurutnya, banyak rumah dan kenderaan penduduk ditenggelami air termasuk bangunan kerajaan seperti tadika dan Pejabat Felda.

Sementara itu, Rosmah Musa, 38, berkata, air naik mendadak ketika dia berada di dapur rumahnya.



"Saya terperanjat bila anak saya menjerit memberitahu kawasan luar rumah tiba-tiba dipenuhi air.

"Waktu tu tak sempat buat apa-apa. Memang panik dan takut. Sekelip mata kawasan dapur rumah dimasuki air. Kami tak tunggu lama. Saya dan anak redah air banjir untuk selamatkan diri dengan sehelai sepinggang.



Sebahagian kenderaan yang terkandas setelah laluan dinaiki air dalam bencana banjir pada Ahad. - Foto Facebook Satiful Bahri

"Tak sangka pula hujan kali ini menyebabkan banjir. Selama hampir 40 tahun saya tinggal di sini, tempat ni tak pernah banjir sebelum ini," katanya.

Setakat ini, seramai 235 penduduk daripada 51 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Felda Kerteh 4.

https://www.sinarharian.com.my/a ... ir-selepas-40-tahun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 27891 Replies : 772
Anna Jobling sambut birthday bf di Jakarta
mnh607Anna Jobling sambut birthday bf di Jakar
Views : 12064 Replies : 193
Pelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada Simpanan RM100,000 jika hendak sambung belajar di Australia
YgBenarPelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada
Views : 25662 Replies : 178
Cari Forum dah carum ke dekkkk?
stingerkentotCari Forum dah carum ke dekkkk?
Views : 2409 Replies : 10
Demi Zuriat,Wanita ini Mengandung Selepas Buat Bariatrik tetapi kiciwa suami curang dengan perempuan gemuk lain dan diceraikan.
YgBenarDemi Zuriat,Wanita ini Mengandung Selepa
Views : 4205 Replies : 68
Pembongkaran khas projek gagal RM300 juta di Serambi Walaun
pengecattaikPembongkaran khas projek gagal RM300 jut
Views : 1443 Replies : 4
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 107229 Replies : 1549
Ayam DARSA guys! Besar!!!
admin6Ayam DARSA guys! Besar!!!
Views : 7388 Replies : 4
DUA GARIS BIRU
prettygoodDUA GARIS BIRU
Views : 1313 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.064312 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list