CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10109|Reply: 0

[Terengganu] Banjir di Terengganu makin buruk, lebih 2,000 mangsa berlindung di 45 PPS

[Copy link]
Post time 25-12-2023 09:52 AM | Show all posts |Read mode
Banjir di Terengganu makin buruk, lebih 2,000 mangsa berlindung di 45 PPS


Oleh Zatul Iffah Zolkiply - Disember 25, 2023 @ 9:09am  zatuliffah@bh.com.my




Penduduk Kampung Kuala Ping, Hulu Terengganu, meredah banjir sambil membawa barangan peribadi selepas kediaman mereka dinaiki air. - Foto NSTP/Ghazali Kori




KUALA TERENGGANU: Enam daerah di Terengganu terjejas menerusi banjir gelombang ketiga yang bermula semalam denganseramai 2,111 mangsa terpaksa berpindah.

Setakat jam 8 pagi, kesemua mangsa daripada 612 keluarga itu ditempatkan di 45 pusat pemindahan sementara (PPS).

Ia membabitkan 21 PPS di Dungun, Hulu Terengganu (10), Setiu (lapan), Kemaman (empat) serta satu masing-masing di Marang dan Besut.

Angka mangsa banjir itu menunjukkan peningkatan berbanding hanya 1,659 mangsa daripada 479 keluarga di 38 PPS malam tadi.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, seramai 1,149 orang daripada 299 keluarga berada di 21 PPS di Dungun.


Penduduk mendayung kayak meredah banjir ketika tinjauan di Kampung Matang, Hulu Terengganu, semalam. - Foto NSTP/Ghazali Kori
Di Hulu Terengganu, 10 PPS diaktifkan bagi menempatkan 393 penduduk daripada 148 keluarga.

Seramai 349 penduduk di Kemaman pula terpaksa dipindahkan ke empat PPS di daerah berkenaan.

Di daerah Setiu pula, seramai 189 mangsa daripada 48 keluarga yang terjejas ditempatkan di lapan PPS.

Bagaimanapun, jumlah mangsa di Marang tidak menunjukkan sebarang perubahan apabila kekal seramai 12 orang daripada tiga keluarga berlindung di Dewan Sivik Wakaf Tapai.

Di Besut, PPS Surau Perumahan Kampung Cina yang dibuka tengah malam tadi itu kini menempatkan 19 mangsa daripada empat keluarga.

Setakat jam 9 pagi ini, beberapa kawasan di Terengganu masih dilanda hujan.


Foto BERNAMA


Penduduk tidak melepaskan peluang memasang pukat selepas kawasan berkenaan dinaiki air di Kampung Kepah, Kuala Berang, semalam. - Foto BERNAMA
sumber





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.045521 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list