CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24427|Reply: 0

[Terengganu] Banjir: Wanita hidap kanser payu dara berkeras keluar hospital khuatir keselamatan 3 anak OKU

[Copy link]
Post time 24-12-2023 09:07 PM | Show all posts |Read mode
Banjir: Wanita hidap kanser payu dara berkeras keluar hospital khuatir keselamatan 3 anak OKU


Bernama



MANGSA banjir berlindung di PPS selepas kawasan rumahnya dinaiki air ketika tinjauan di Kampung Pengkalan Ajal hari ini. FOTO Bernama



Kuala Berang: Seorang wanita yang baru dimasukkan ke hospital semalam akibat tekanan darah rendah dan jangkitan kuman pada buah pinggang berkeras mahu mendaftar keluar kerana khuatir keadaan tiga anaknya yang juga orang kurang upaya (OKU) setelah rumah mereka dilanda banjir.

Wan Norzaimah Muhammad, 46, dari Kampung Pengkalan Ajal, di sini berkata beliau tiada pilihan selain meminta budi bicara pihak hospital apabila mengenangkan keadaan tiga daripada enam anaknya itu termasuk anak bongsu, Nor Al-Annur Aisyah, 5, yang menghidap penyakit asma kritikal.

Setelah berbincang dengan pihak hospital, dia yang juga menghidap kanser payu dara bersyukur kerana diberikan kebenaran untuk keluar selain turut dibekalkan ubat-ubatan untuk diambil sepanjang berada di pusat pemindahan sementara (PPS).

"Apabila dimaklumkan rumah saya dilanda banjir, saya terus minta kebenaran doktor untuk pulang sebab sangat risau keadaan mereka di rumah.

"Sebaik sahaja doktor beri kebenaran, saya terus balik ke rumah bersama suami, Muhammad Nasrullah Aliah, 35, untuk ambil anak-anak dan terus ke PPS di Masjid Kampung Pengkalan Ajal, malam tadi," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Tiga anak Wan Nurzaimah iaitu Kamaruddin, 22, yang juga anak sulong adalah OKU pelbagai termasuk penglihatan dengan pergerakan terbatas, Fitri Nurliyana, 18, (OKU intelektual dan penghidap Noonan Syndrome) dan Muhammad Ariff, 16, (OKU intelektual).

Wan Norzaimah yang kelihatan masih kurang bermaya berkata agak sukar untuk tinggal di PPS kerana untuk bergerak dia terpaksa berpaut pada dinding.

"Alhamdulillah, pihak pengurusan PPS memahami dan memberikan saya satu khemah khas atas faktor kesihatan serta keselesaan saya," katanya sambil menambah ini adalah pengalaman pertamanya menghuni di PPS.

Wanita yang mengusahakan kedai makan itu, berkata sebelum ini dia sekeluarga sempat keluar dari kampung yang hampir setiap tahun dilanda banjir, tetapi kali ini gagal berbuat demikian apabila Nor Al-Annur Aisyah diserang asma kronik Jumaat lalu.

"Apa-apa pun saya bersyukur kerana urusan saya dipermudahkan semua pihak baik daripada pihak hospital, pengurusan PPS dan mangsa banjir yang menghuni di sini," katanya yang dikehendaki kembali semula ke hospital untuk menyambung rawatan sebaik sahaja banjir pulih.

Sementara itu, sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) memaklumkan lima PPS telah dibuka di daerah Hulu Terengganu dengan bilangan mangsa seramai 277 orang daripada 107 keluarga setakat 6 petang tadi.

Selain Hulu Terengganu, turut terjejas dengan banjir gelombang ketiga kali ini ialah Dungun yang mencatatkan bilangan mangsa tertinggi iaitu 346 orang, Setiu (65 orang), dan Marang (12 orang) menjadikan keseluruhan mangsa banjir di Terengganu seramai 700 orang.



Disiarkan pada: Disember 24, 2023 @ 8:18pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 27769 Replies : 769
Pembongkaran khas projek gagal RM300 juta di Serambi Walaun
pengecattaikPembongkaran khas projek gagal RM300 jut
Views : 998 Replies : 2
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 107229 Replies : 1549
Anna Jobling sambut birthday bf di Jakarta
mnh607Anna Jobling sambut birthday bf di Jakar
Views : 11826 Replies : 191
Pelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada Simpanan RM100,000 jika hendak sambung belajar di Australia
YgBenarPelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada
Views : 25593 Replies : 174
Ayam DARSA guys! Besar!!!
admin6Ayam DARSA guys! Besar!!!
Views : 7388 Replies : 4
DUA GARIS BIRU
prettygoodDUA GARIS BIRU
Views : 909 Replies : 0
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 33058 Replies : 241
Staf Cari Forum dah didaftarkan ke tak?
stingerkentotStaf Cari Forum dah didaftarkan ke tak?
Views : 2361 Replies : 9

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 10:10 PM GMT+8 , Processed in 0.053271 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list