CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26314|Reply: 0

[Terengganu] Hujung tahun bawa rezeki buat Fazhilawati

[Copy link]
Post time 24-12-2023 04:38 PM | Show all posts |Read mode

Tukang jahit kusyen Fazhilawati Mohd Seman raih pendapatan lumayan menjelang musim perayaan.. FOTO Nurul Fatihah Sulaini

Jertih: Lima tahun mengusahakan perniagaan dari rumah, ibu tunggal ini mengakui penghujung tahun antara bulan yang membawa rezeki lumayan buatnya.

Fazhilawati Mohd Seman, 41, berkata, dia mampu meraih pendapatan hingga RM10,000 dengan mengambil upah menjahit sarung kusyen ketika musim perayaan Krismas.

Berbekal pengalaman bekerja di kedai jahit sebelum ini, wanita itu yang biasanya menerima tempahan 12 set sarung kusyen pada bulan biasa, terpaksa menyiapkan 40 set kusyen sebulan untuk musim perayaan.

"Walaupun ini saya belajar dalam pembuatan baju, tetapi pilih untuk fokus kepada jahitan kusyen kerana lebih mudah serta kurang persaingan.



"Setakat ini pelanggan saya dari seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

"Namun buat masa ini, saya terpaksa mengehadkan tempahan bagi Semenanjung sahaja kerana kos penghantaran yang tinggi di Sabah, Sarawak," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Luas, di sini.

Menurutnya, harga set sarung kusyen ditawarkan serendah RM48 untuk kusyen single, manakala untuk set sofa kayu jati RM550 serta set lengkap sofa boleh mencecah RM2,500.

"Proses untuk menjahit set sofa selalunya mengambil masa seminggu tetapi saya perlu menempah terlebih dahulu fabrik kusyen daripada kilang mengikut cita rasa pelanggan," katanya.

Dia juga bercita-cita membuka kedai jahit sendiri suatu hari nanti dan mempunyai pekerja bagi membantu menyiapkan tempahan pelanggan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ki-buat-fazhilawati

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.086094 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list