CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10036|Reply: 0

[Terengganu] Hulu Terengganu daerah keempat terjejas banjir gelombang ketiga

[Copy link]
Post time 24-12-2023 03:22 PM | Show all posts |Read mode

Dua kanak-kanak menyelamatkan diri daripada banjir di Kampung Pengkalan Ajal, Hulu Terenganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Hulu Terengganu menjadi daerah terbaharu dan keempat terjejas dengan banjir gelombang ketiga melanda hari ini.

Setakat ini, seramai 543 mangsa daripada 159 keluarga terjejas di empat daerah iaitu Dungun, Hulu Terengganu, Setiu dan Marang.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Dungun kekal daerah paling terjejas dengan 303 mangsa daripada 84 keluarga berada di empat PPS.

“Seramai 185 mangsa daripada 62 keluarga pula telah berpindah di tiga PPS di Hulu Terengganu.

“Dua PPS yang mempunyai 43 mangsa daripada 10 keluarga telah dibuka di Setiu,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, Marang mempunyai 12 mangsa daripada tiga keluarga di PPS Dewan Sivik Wakaf Tapai, Marang.

Beliau berkata, lebih ramai penduduk dijangka berpindah ke PPS dalam masa terdekat memandangkan hujan masih turun di kebanyakan kawasan di Terengganu. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... r-gelombang-ketiga/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.343446 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list