CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11403|Reply: 0

[Perlis] Harga bawang India, Pakistan dijangka naik semula

[Copy link]
Post time 24-12-2023 01:38 PM | Show all posts |Read mode

FARAH Adlina (kanan) meneliti harga barangan terkawal termasuk bawang merah yang dijual di sebuah pasar raya di Kangar. FOTO Aizat Sharif

Kangar: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perlis menjangka akan berlaku kenaikan harga bawang besar dan bawang merah dari India dan Pakistan di negeri itu selepas perayaan Krismas nanti.

Tinjauan sebelum ini mendapati berlaku kenaikan antara 10 hingga 15 peratus terhadap harga bawang berkenaan yang dijual antara RM5 hingga RM6 di beberapa pasar di negeri itu.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri KPDN Perlis, Farah Adlina Ropaie berkata, buat masa ini, bawang menjadi antara barangan kawalan yang diletakkan dalam Skim Harga Maksimum Musim (SHMMP) Perayaan Krismas 2023 yang bermula sejak semalam hingga 27 Disember.

"Memang dalam tinjauan dan pemantauan kami mendapati buat masa ini, harga bawang berada di bawah harga kawalan (sekitar RM4 hingga RM5) pada musim perayaan Krismas ini namun terdapat kemungkinan besar juga bahawa (bawang) akan naik harga selepas pelaksanaan harga kawalan SHMMP ini berlaku.



"Malah, sebelum ini berlaku kenaikan sedikit pada harga bawang sekitar 10 hingga 15 peratus tetapi bagi musim perayaan ini, peniaga di Perlis tetap mematuhi harga kawalan yang ditetapkan kita seperti di pasar raya ini," katanya selepas pemeriksaan dan Walkabout SHMMP Perayaan Krismas 2023 di Medan Jalan Raja Syed Alwi, di sini, hari ini.

Katanya, terdapat banyak faktor menyebabkan berlakunya peningkatan harga bawang di Perlis.

"Salah satunya adalah faktor cuaca dimana pada waktu ini hujan sering melanda di beberapa tempat dan kawasan di negara ini menjadikan bekalan itu susah untuk didapati.

"Namun di Perlis, ia masih terkawal kerana kita tidak begitu menghadapi masalah ini dengan ketara. Walaupun kita mengambil bekalan bawang dari Pakistan, kita juga tetap ambil bekalan yang sama dari India jadi tidak timbul masalah di sini," katanya.

Pada hari pertama SHMMP Perayaan Krismas, KPDN Negeri Perlis menjalankan pemeriksaan terhadap tiga pemborong dan 107 peruncit di seluruh negeri dan mendapati peniaga mematuhi harga maksimum yang ditetapkan serta pemnggunakan penandaan harga berwarna merah jambu pada kesemua barang terkawal.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ijangka-naik-semula

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.165997 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list