CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23650|Reply: 4

Budak 5 Tahun Terima 30 Jahitan Cedera Digigit Kera

[Copy link]
Post time 24-12-2023 12:02 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Krai: Seorang budak lelaki terpaksa menahan sakit apabila menerima lebih 30 jahitan pada beberapa bahagian anggota badannya selepas digigit seekor kera dalam kejadian di Kampung Melati, Jalan Jirat Cina, di sini, kelmarin.


Kejadian pukul 2 petang itu menyebabkan mangsa Che Muhammad Harith Maliq Abdul Rahman,5, cedera pada bahagian kaki kanan, perut dan belakang badannya.






Jiran mangsa, Che Hasmani Che Mat, 51, berkata, semasa kejadian, dia sedang menyiapkan hidangan makan tengah hari sebelum terdengar jeritan kanak-kanak itu.


Menurutnya, dia terus berlari ke rumah mangsa yang terletak kira-kira 30 meter dari rumahnya.


“Saya lihat badan Che Muhammad Harith sudah dipenuhi dengan darah. Dia juga sedang menahan sakit akibat digigit kera.


“Ibunya terus membalut mangsa dengan sehelai kain sebelum membawanya ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) di sini untuk rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui pemberita di sini petang tadi.


Che Hasmani memberitahu, kawasan tersebut terletak berhampiran bukit dan terdapat lebih 30 ekor kera yang berkeliaran di situ.


“Rumah mangsa juga berdekatan dengan kawasan semak sekali gus menjadi tumpuan haiwan tersebut,” ujarnya.


Difahamkan, kanak-kanak itu ketika ini berada dalam keadaan stabil di HSIP.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2023 10:15 AM | Show all posts
kera memang tak suka budak kan. dah banyak kes budak digigit kera. semoga adik ni cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2023 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
LautBiru52: kera memang tak suka budak kan ...

Bukan sebab tak suka budak, tapi dia pilih mangsa paling lemah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2023 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Kera Ni ganas oo
Teringat ada kera sesat kat kedai masa iols kecik2..
Pakcik Ni kena kokak dek.kera...kesian dia...
Padahal pakcik tu.nak.gi beli barang kat kedai tu..hahaha...tak pasal Naik ambulans
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2023 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by antikorok at 24-12-2023 11:07 AM

Kera ni binatang yang paling haku benci namampos! Teringat waktu jalan kaki kat tepi lereng bukit dlm uni dolu2, hada sekumpulan kera ni duk tunjok2 gigi taring pulak nak kejar. Dasar binatang bodoh puaka. Kalau temb*k mampos kera2 ni pun bagos sebab populasi kat tanah ayer ni banyak namampos!
Status endangered la sangat, padahal binatang perosak ni setiap cerok tempat skrg bersepah membiak out of control.
Binatang paling puaka, perosak, penceroboh, pencuri dan tak diprovok pun serang gigit orang

Semoga Syifa dan kesembuhan buat adik ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.138332 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list