CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42957|Reply: 101

Kes Zayn Rayyan: Polis Minta Bantuan Interpol

[Copy link]
Post time 23-12-2023 06:14 PM | Show all posts |Read mode
Gombak: Persoalan berhubung lokasi sebenar Zayn Rayyan Abdul Matiin dibunuh terus menjadi tanda tanya walaupun sudah masuk hari ke 18 kanak-kanak autistik itu ditemui meninggal dunia berhampiran rumahnya.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, usaha mengenal pasti lokasi pembunuhan itu terjadi amat penting bagi mengumpul bukti dalam usaha merungkai identiti individu terbabit melakukan perbuatan kejam itu.



"Seperti yang kita pernah maklumkan sebelum ini tempat kejadian yang kita jumpa itu adalah lokasi jenayah secodndary (sekunder) yang mana kurang untuk kita dapatkan bukti.
"Kita minta bantuan Interpol kerana dalam pangkalan data mereka (mungkin) ada maklumat (berkaitan) walaupun bukan konklusif tapi (ada) yang boleh bantu," katannya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, di sini, hari ini.
Menurutnya, pihaknya mengambil langkah itu sebagai satu daripada usaha bagi mengesan suspek terbabit dalam pembunuhan itu.
Katanya, pelbagai usaha yang dijalankam sebelum ini termasuk memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kawasan sekitar, rakaman kamera papan pemuka, dan merakam percakapan 225 individu hanya menimbulkan bukti-bukti minimal.
Menurutnya, menerusi pemeriksaan rumah ke rumah, pihaknya sudah merakam keterangan 225 individu, selain mengumpul 248 sampel asid deoksiribonukleik (DNA) individu.
"Daripada keseluruhan sampel itu, sebanyak 240 sampel sudah dianalisa dan lain-lain sampel yang dihantar ke Jabatan Kimia kita sudah pun dapat keputusan.
"Walau bagaimanapun, tiada keputusan positif yang dapat membantu siasatan buat masa ini," katanya.
Terdahulu Harian Metro melaporkan, Zayn Rayyan yang dilapor hilang ditemui meninggal dunia di kawasan sungai berhampiran kediamannya jam 10 malam 6 Disember lalu.
Susulan itu, hasil penemuan bedah siasat pihak polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 (bunuh) selepas menemui kesan kecederaan mempertahankan diri dan kecederaan pada bahagian leher mangsa.



Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2023 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Dasat sampai interpol.. krik krik betul kes ni.. aku pun dah spekulasi bkn bkn dah..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ha kau.

Aku dah kata pembunuh tu smart.

Bukan biasa2 pehtu jenayah berjaya sebab luck semata macam some poremer claimed.

Ini psikopath well calculated punya worang. Telinga dia simpan sebagai trophy.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 23-12-2023 06:51 PM
Ha kau.

Aku dah kata pembunuh tu smart.

Kannn.. dah lama aim dah nii..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 23-12-2023 10:52 AM
Kannn.. dah lama aim dah nii..

On the surface nampak macam kerja cincai mat pit ja tapi bila siasat2 ya hampon jenayah ni lebih deep daripada hapa yang nampak kat surface rupanya.

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 23-12-2023 06:51 PM
Ha kau.

Aku dah kata pembunuh tu smart.

Kalau mcm tu mmg bahaya gilaaa
Takottt
Lepas ni sapa pulak jd mngsa dan kt mana pulak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2023 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 23-12-2023 06:54 PM
On the surface nampak macam kerja cincai mat pit ja tapi bila siasat2 ya hampon jenayah ni lebih d ...

Tu laa langsung takde jejak.. evidens.. dasyat.. mcm sinurin punn mcm tuu ajelaa.. nurin pun culik time ramai org jgkkan ke aku yg silap.. si zayn ni pun tgh org sibuk..

Satu lg pembunuh ni mgkin nak sesuatu dr budak kot.. cthnyaa mcm pembunuh ni amal ilmu hitam kee.. nak kebal kena dptkan 40kote budak kecik kee
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
tiba-tiba teringat komen acik lee lee kat tt yg dah didelete tu. kan dia kata komen tempat jenayah ada dua.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2023 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Cekgushilla replied at 23-12-2023 11:00 AM
Kalau mcm tu mmg bahaya gilaaa
Takottt
Lepas ni sapa pulak jd mngsa dan kt mana pulak

Cara kerja very der neat kak. Macam bukan first time jeh...

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Cekgushilla replied at 23-12-2023 07:00 PM
Kalau mcm tu mmg bahaya gilaaa
Takottt
Lepas ni sapa pulak jd mngsa dan kt mana pulak

Yepp betul tuu.. mak pak jagalaa anak bebaik.. pembunuh ade kat luar ni..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 23-12-2023 07:03 PM
Cara kerja very der neat kak. Macam bukan first time jeh...

Professional nii.. ramai dah dia bunuh ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh result DNA dah dapat tp tiada keputusan positif, tak sepadan.

Interpol tu simpan data pesalah je kan? Jadi kalau yg melakukan ni tak penah tertangkap ada ke data dia?

Selepas Nurin, Zayn pula.. sedih betul laa
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 23-12-2023 11:13 AM
Buritan replied at 23-12-2023 11:05 AM
Professional nii.. ramai dah dia bunuh ni


Paling aku tak faham, baju Zayn bersih. Kasik baring Zayn helok2 dalam kedudukan mengiring seolah sedang tidur. Biasanya pembunuh kokesen heartless campak ja mayat mangsa memana serupa sampah. Yang ni lain pula, ganjil betul. Kau dah kenapa pembunuh?!
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 23-12-2023 07:12 PM
Paling aku tak faham, baju Zayn bersih. Kasik baring Zayn helok2 dalam kedudukan mengiring seolah  ...

Aku speku ade dendam.. upah profesional.. settle..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 23-12-2023 07:12 PM
Paling aku tak faham, baju Zayn bersih. Kasik baring Zayn helok2 dalam kedudukan mengiring seolah  ...

Siapa yg ckp  bersih?
Semua org awam yg ckp kan?
Polis tak pernah sebut baju bersih, takda kasut. Tu semua keluar drpd mulut org awam.
Takkan la baju bersih sgt, baju putih mesti la ada kesan kotoran juga budak lelaki plak.
Maksud bersih mungkin sbb tak kuning kena air sungai tu.
Aku baca komen kat mana tah katanya kat baju ada bulu kucing. Dia ada peluk kucing  ke?
Entah betul tidak lah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 23-12-2023 11:29 AM
Siapa yg ckp  bersih?
Semua org awam yg ckp kan?
Polis tak pernah sebut baju bersih, takda kasut.  ...

Bersih maksudnya takda tanah takda darah.

Kalau berdarah2 dah PTSD saksi2 yang jumpa tu.

Polis kalau kat media memang acah takleh kasik tau info, acah secretive bla bla bla.

Tapi sesama meka or sesama geng orang awam bila membawang tu diaaaa segala details boleh spilled.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2023 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Ke dia ni anak somebody yg dijaga? Smpai ke interpol peginye. Kalau dia ni anak expat ke boleh relate juga. Apa pembunuh tu nak sebenarnya mcm professional sgt je.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau terlepas di dunia pun, semoga si pelaku terima balasan di akhirat.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 23-12-2023 06:51 PM
Dasat sampai interpol.. krik krik betul kes ni.. aku pun dah spekulasi bkn bkn dah..

Apakah? Adakah sebenarnya ada kaitan dgn serial killer? Ingat tak kes warga british yg datang sini dan berkampung kat area orang india. Yg pedofilia tu. Takan la libatkan interpol kalau takdd lead ke arah tu ye dop?
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian anak syurga ni.. Belum terbela nasibnya semoga kantoi gak akhirnya nnt pembunuh bongok ni
Jahat gila, mental!
Semoga bebudak kt area situ slmt drpd org jahat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.061899 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list