|
Menurut laporan New York Post, pada 1990, kediaman yang dilengkapi enam bilik tidur yang terletak di Winnetka di Chicago, Amerika Syarikat ini bernilai AS$620,000 (RM2.9 juta), dan memerlukan pendapatan tahunan sebanyak AS$175,000 (RM814,713) untuk mengekalkannya.
Selepas 33 tahun pada hari ini, aset tersebut melonjak kepada AS$2.3 juta (10.7 juta) iaitu melebihi 400 peratus daripada kos asalnya.
Rumah 'Home Alone' sebenar memperoleh hampir AS$1.6 juta (RM7.45 juta) pada 2012.
Bagi calon pembeli yang berminat, bayaran pendahuluan yang diperlukan adalah AS$466,977 (RM2.17 juta), 20 peratus daripada nilai hartanah, menjadikan rumah ini tercatat sejarah tersendiri.
Selain Home Alone, rumah agam ini turut menjadi lokasi filem sekuelnya, Home Alone 2, Lost In New York.
Sumber: mStar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|