CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11192|Reply: 0

[Perak] Kenapa perlu kecam pasangan dianugerahkan 11 anak?

[Copy link]
Post time 23-12-2023 01:47 PM | Show all posts |Read mode

Komen netizen yang seolah-olah mengejek pasangan memiliki 11 anak termasuk ada yang mengaitkan membabitkan agama mengenai perancangan keluarga.

Manjung: "Saya dan isteri tidak ambil hati dengan semua komen berhubung keluarga kami. Pada saya pandangan setiap orang adalah berbeza dan terpulang kepada orang luar untuk cakap apa saja," kata Shamsuri Shafie, 39.

Dia dan isteri, Rosnaida Ismail, 37, mendapat perhatian selepas berkongsi kisah mereka yang mempunyai 11 anak pada usia belum mencecah 40 tahun, malah mereka juga sedang menanti cahaya mata ke-12 pada Julai tahun hadapan.

Shamsuri berkata, dia menyedari kisah keluarga mereka mendapat perhatian terutama selepas disiarkan Harian Metro, namun mengakui menerimanya dengan terbuka asalkan ia tidak melampaui batas.

"Pandangan orang lain-lain dan orang luar tidak ada bersama dalam keluarga kami dan tidak tahu ape yang kami lalui setiap hari, jadi tidak mengapalah dan kami tidak ambil hati.



"Kami percaya kepada rezeki dan takdir yang sudah Allah SWT tetapkan untuk kita semua dan kami sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dan keperluan secukupnya terutama pendidikan agama, rohani, kehidupan dan adab," katanya.

Pasangan asal Kelantan yang kini menetap di Seri Manjung, di sini, berkata, tidak salah memiliki anak yang ramai dan daripada pandangan Islam juga merancang keluarga perlu sekiranya isteri mempunyai masalah kesihatan.

"Selain itu kalau keluarga mempunyai masalah kewangan kerana jika anak terabai termasuk daripada tiada penjaga dan tidak dapat perhatian sebab kesibukan ibu bapa.

"Pada saya jika ada kemampuan jangan menyekat rezeki Allah SWT tetapkan seperti melakukan pengguguran dengan sengaja dan untuk memiliki anak ramai perlu berusaha dalam kewangan serta beri didikan dunia dan akhirat selain sentiasa adil.

"Paling penting sebagai suami sentiasa peka dan pastikan kebajikan dan kesihatan isteri sentiasa dijaga selain mesti bersedia melakukan tanggungjawab bersama bukan serahkan kepada isteri semata-mata," katanya.

Harian Metro sebelum ini turut menyiarkan kisah keluarga berkenaan yang memiliki 11 anak ketika usia belum mencapai 40 tahun, namun mengakui kehidupan mereka gembira dan diserikan dengan kehadiran ramai cahaya mata.

Bagaimanapun, ada beberapa komen netizen yang seolah-olah mengejek pasangan terbabit termasuk ada yang mengaitkan membabitkan agama mengenai perancangan keluarga.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... anugerahkan-11-anak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.279548 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list