CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23527|Reply: 0

[Sabah] Cubaan seludup 449 kampit beras ke negara jiran gagal

[Copy link]
Post time 22-12-2023 06:08 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Bekalan beras yang dirampas selepas cuba diseludup ke negara jiran.

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 449 kampit beras yang disyaki cuba diseludup menggunakan bot tempel ke negara jiran di kawasan laut Tobo-Tobo, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, PPM Semporna turut menahan tiga lelaki warga Filipina berusia 28 hingga 40 tahun yang berada di dalam bot berkenaan.

Timbalan Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Superintendan Abd Nasir Othman berkata, ketika pasukan PPM Semporna menjalankan tugas Op Taring Gelora di kawasan laut berkenaan, pasukan terserempak dengan sebuah bot tempel dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut di dalam ruang bot tempel itu menemukan kira-kira 449 kampit beras berisi 10 kilogram setiap kampit.

"Tiga lelaki warga Filipina yang berada di atas bot itu gagal menunjukkan surat kebenaran daripada pihak Kawalselia Padi dan Beras.

"Semua beras berkenaan disyaki hendak diseludup ke negara jiran," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, tangkapan dan rampasan dibawa ke Pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut.

"Nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM26,347.

"Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522)," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.777363 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list