CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13282|Reply: 0

[Sabah] Yayasan Peneraju, IDS Sabah jalin kerjasama laksana Program Peneraju Borneo

[Copy link]
Post time 22-12-2023 06:02 PM | Show all posts |Read mode


TANDATANGAN: Surat Anugerah (LOA) ditandatangani bersama Ibrahim dan Ramzah.

KOTA KINABALU: Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) dan Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah menandatangani perjanjian untuk melaksanakan Program Peneraju Borneo - Inkubator Strategis Data (Fasa 1).

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani berkata, program ini adalah bagi mengenal pasti rakyat Sabah yang berminat membina kerjaya dalam bidang berkaitan data termasuklah Penganalisis Data, Jurutera Data serta Saintis Data.

Katanya program ini juga akan diselaras oleh kakitangan IDS Sabah sendiri serta jurulatih dalaman daripada unit Pengurusan Data mereka.

“Program Peneraju Borneo ini adalah sebahagian daripada Inisiatif Mampan Paduan dan Anjakan Kapasiti (IMPAK) Yayasan Peneraju yang merangkumi program intervensi pembinaan kapasiti untuk kumpulan terpinggir yang disasarkan.

“Mereka termasuklah golongan belia tercicir, pesalah juvana atau bekas banduan, kumpulan orang kurang upaya (OKU), pekerja tidak formal atau sektor gig, wanita daripada kumpulan B40, dan penerima manfaat dari negeri Sabah dan Sarawak.

“Program pembinaan kapasiti yang direka untuk kumpulan ini bertujuan memperkasa dan membantu meningkatkan tahap sosioekonomi melalui latihan dan pendidikan serta memperolehi peluang pekerjaan atau menjana pendapatan sama ada dalam jangka  masa pendek atau panjang, bergantung pada titik intervensi mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa majlis menandatangani perjanjian di sini.

Surat Anugerah (LOA) ditandatangani bersama Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif IDS Sabah Datuk Dr Ramzah Dambul disaksikan wakil Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah, Pusat Ekonomi Kreatif dan Inovasi Sabah (SCENIC), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan tetamu lain.

Bercakap lanjut berkenaan program ini Ibrahim berkata, rakan kolaboratif yang dilantik untuk mengendalikan program biasanya mempunyai maklumat yang luas tentang pihak berkaitan dan memainkan peranan penting dalam menyediakan latihan dan peluang selanjutnya.

“Program Fasa Pertama ini dijangka dilaksanakan dalam tempoh enam bulan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di wilayah Kudat di Bahagian Utara, Keningau di Pedalaman, Sandakan termasuk Beluran, Telupid, dan Tongod Utara, Tawau termasuk Kalabakan dan Tongod Selatan dan Semporna termasuk Lahad Datu dan Kunak di Pantai Timur Sabah.

“Sekurang-kurangnya 100 peserta, berumur antara 18 hingga 50 tahun dijangka akan mendapat manfaat dan didedahkan kepada latihan data asas dan digital sebelum proses pemilihan berlaku,” katanya.

Beliau berkata, kejayaan dan output program Fasa Pertama kemudiannya akan menentukan potensi kesinambungan untuk peserta yang terpilih dan cemerlang untuk dilatih dengan modul lanjutan dan pengetahuan yang lebih mendalam mengenai bidang terbabit.

Sementara itu, Ramzah berkata kejayaan penubuhan Program Peneraju Borneo Data Strategis Inkubator sulung ini mengesahkan cita-cita IDS untuk memanfaatkan rakyat Sabah yang berminat meningkatkan kemahiran dan meneruskan kerjaya dalam pasaran berkaitan data.

“Kita berterima kasih kepada Yayasan Peneraju dengan sumbangan dalam membiayai operasi dan strateginya.

"Kami tetap berpegang teguh pada objektif kami untuk menengahkan potensi rakyat bumiputera Sabah sebagai tenaga kerja mahir, sambil mengukuhkan komitmen kami sebagai juara akar umbi,” katanya sambil menambah agar program ini diharap mendapat sambutan baik daripada masyarakat.

Ibrahim berkata, Yayasan Peneraju sentiasa mereka bentuk dan menawarkan program pembiayaan yang dikehendaki pasaran dengan penekanan untuk melengkapkan bakat dengan set kemahiran yang mendapat permintaan tinggi dan masih relevan pada masa depan.

Katanya, Yayasan Peneraju membantu memulakan atau memajukan kerjaya golongan memerlukan.

“Sebagai sebuah organisasi dalam Kementerian Ekonomi, Yayasan Peneraju bertanggungjawab meningkatkan kualiti, kuantiti dan kerelevanan bakat Bumiputera selaras dengan usaha membangunkan Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi.

“Setakat ini, Yayasan Peneraju berjaya melatih semula dan meningkatkan kemahiran lebih 63,000 modal insan termasuk golongan B40, M40, OKU, luar bandar dan terpinggir, serta berhasrat untuk menambah bilangan ini pada masa hadapan.

“Usaha ini dicapai melalui program pembiayaan pensijilan akademik, TVET, profesional, teknologi dan pakar yang berstruktur, yang terbuka kepada pelajar sekolah dan juga orang dewasa yang bekerja dan tidak bekerja,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.051101 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list