CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9461|Reply: 0

[Terengganu] Maritim Malaysia tahan empat nelayan asing ceroboh perairan Terengganu

[Copy link]
Post time 22-12-2023 01:03 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 22-12-2023 01:04 PM

Maritim Malaysia tahan empat nelayan asing ceroboh perairan Terengganu


Oleh Zatul Iffah Zolkiply - Disember 22, 2023 @ 11:56am zatuliffah@bh.com.my




Bot nelayan asing yang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia kerana menceroboh perairan negara dan menangkap ikan tanpa kebenaran. - Foto Ihsan Maritim Malaysia




KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot nelayan Vietnam yang menceroboh perairan negara membabitkan rampasan bernilai hampir RM1.5 juta.

Pengarah Maritim Terengganu, Kapten Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid, berkata bot berkenaan ditahan dalam Op Naga Barat pada jarak 133 batu nautika dari Kuala Terengganu kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin.

Beliau berkata, kapal yang sedang melakukan rondaan mengesan sebuah bot yang mencurigakan dipercayai bot nelayan Vietnam disyaki sedang melakukan aktiviti penangkapan hasil laut di perairan Malaysia tanpa kebenaran.

Katanya, empat kru termasuk tekong ditahan manakala bot termasuk hasil tangkapan laut seberat 3.5 tan, bekalan diesel dan peralatan menangkap ikan dianggarkan bernilai hampir RM1.5 juta turut dirampas.

"Bot dan kesemua kru yang berusia antara 29 hingga 61 tahun dibawa ke jeti Maritim Negeri Terengganu dan mereka turut menjalani saringan COVID-19 sebagai langkah pencegahan.

"Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/1963," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.351938 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list