View: 15882|Reply: 51
|
Anak Meninggal Dunia Selepas 8 Jam Ditinggalkan Dalam Kereta, Ibu Mengaku Tidak Bersalah
[Copy link]
|
|
Petaling Jaya: Ibu kepada kanak-kanak perempuan yang maut selepas lapan jam ditinggalkan dalam kenderaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Bagaimanapun, tertuduh, Nur Sari Fardiana Mohd Amran, 38, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.
Foto: Harian Metro
Mengikut pertuduhan, wanita itu yang mempunyai perniagaan atas talian didapati melakukan pengabaian dengan meninggalkan anaknya, Airis Heidi Mohammad Hafiz yang berusia dua tahun tiga bulan dalam kereta hingga menyebabkan kematian di hadapan rumah di Ara Damansara, di sini, antara jam 8 pagi hingga 3.15 petang, 8 November lalu.
Pendakwaan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
Susulan pengakuan tidak bersalah itu, Timbalan Pendakwa Raya, Anis Hakimah Ibrahim mencadangkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.
"Syarat tambahan, tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan dan tidak mengganggu saksi pendakwaan," katanya.
Bagaimanapun, peguam Nur Sari Fardiana, Datuk Hanif Hassan memohon jaminan RM5,000 selepas menyifatkan cadangan jaminan pendakwaan terlalu tinggi.
"Mangsa dalam kes ini adalah anak tertuduh, sepanjang lebih sebulan ini dia mengalami trauma dan perkara ini perlu diambil kira dalam menetapkan jumlah jaminan.
"Anak guam tidak dapat fokus kepada perniagaannya yang menyebabkan pendapatan merosot, selain tiada risiko melarikan diri dan memberi kerjasama sepanjang siasatan," katanya.
Mendengar rayuan kedua-dua pihak, Dr Syahliza kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan seperti dicadangkan pendakwaan, selain menetapkan 30 Januari depan untuk sebutan semula kes.
Sebelum ini, media melaporkan wanita itu menghantar dua anaknya ke sekolah berhampiran dan seterusnya ke tadika berdekatan untuk menghantar mangsa, jam 7 pagi pada hari kejadian.
Ibu mangsa berhenti sekejap sejurus tiba di tadika untuk menyelesaikan urusan perniagaan dalam talian hingga terlupa menurunkan mangsa di lokasi berkenaan.
Ibu mangsa terus balik ke rumah dan hanya menyedari mangsa berada dalam kereta pada jam 3.35 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Bapa mangsa membuat panggilan Mers 999, memberi rawatan awal kepada mangsa sehingga pihak ambulans dan polis tiba di tempat kejadian, bagaimanapun kanak-kanak itu disahkan sudah meninggal dunia.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
sendiri cuai manjang tengok hp je..x boleh ke dekat rumah anak tengah tidur baru bkak fon..orang pun pham la ko ada anak2 takkan nak beli barang 24jam?? |
|
|
|
|
|
|
|
la iols ingat chinese...maleis rupanya... |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg dia cuai. Tp kecuaian dia x membabitkan masyarakat. Just anak dia yg terkesan. Bg warning suda la.
Lain la kecuaian yg membabitkan masyarakat awam, cth ubahsuai ekzos bg bingit. Dia bkn bising Tau, bingit. Bingit ni lg teruk Dr bising.
|
|
|
|
|
|
|
|
ada sebab akibat sesuatu perkara terjadi. mesti ada yg jd mangsa utk jd pedoman dan pengajaran kpd yg lain. begitulah hakikat dunia ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
sape kata aritu chinese..melayu rupenye..
kesiannn...nasib x baik kene dakwa...makpak lain yg cuai xde kene pape tindakan pun |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin tertuduh kena dakwa sbb ada unsur pengabaian atas anak tu
dah la lupa hantar anak taska, anak meninggal dalam kereta dan kereta park depan rumah
iols takleh bayangkan seksa budak tu dalam kereta
mesti budak tu menjerit tapi takkan tak dengar ye?
ya allah kesian tak leh nak bayang |
|
|
|
|
|
|
|
ini la yang dikata hp berjahit kat tangan..
tak boleh ke set business time lepas selesai urusan anak..
tak ke mananya customer tu kalau tunggu kejap..
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru ko tau menyesal tak sudah.
Semoga lebih banyak lagi pendakwaan akan menyusul. Jangan simpati dengan pembunuh ni. Lebih teruk dari pembunuh anak orang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Maaf, tak membabitkan masyarakat tapi menyebabkan kehilangan nyawa anak sendiri.
Tak berat ke?
A life is lost, and it's on her.
Cuai. Simple.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku harap somehow yang dulu2 pun didakwa juga.
ke ada statute of limitation kalau child act ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Rumah dan taska tu landed ke apartment?
Kalau rmh landed, dia x perasan ke budak tu jerit/ketuk2
Atau meninggal dlm tidur?
Huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Syuhaidah nampak serius minta media ke tepi.
|
|
|
|
|
|
|
|
sufi^_^ replied at 22-12-2023 04:38 PM
Maaf, tak membabitkan masyarakat tapi menyebabkan kehilangan nyawa anak sendiri.
Tak berat ke?
Anak dia. Bkn anak ko. |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas kes dia ni, xlama lepas tu kes doktor pompan tertinggal baby smpi meninggal dlm kete kat parking spital kan? Yg tu ape kes? Kena dakwa atau tidak? Xnampak update kat mana2. |
|
|
|
|
|
|
|
Walau bukan anak orang yang mati
Tapi tetap cuai
Bagus lah ada juga penekanan undang2
Kalau dibiarkan
Semua parents boleh cuai
Alasan
Yang mati tu anak saya
Bukan anak orang
Jangan normalisasikan
Anak mati akibat kecuaian ibu bapa
|
|
|
|
|
|
|
|
otai_g replied at 22-12-2023 02:52 PM
Mmg dia cuai. Tp kecuaian dia x membabitkan masyarakat. Just anak dia yg terkesan. Bg warning suda l ...
Kalau pengasuh cuai waktu jaga anak orang, yang ini perlu ambil tindakan atau tidak? Sebab kes pengasuh cuai pun tak melibatkan masyarakat. Yang mati hanya anak mangsa. Mak-bapak redha je la...
Kes Zayn Rayyan pun sebab emak cuai sampai anak terlepas ke tangan penjenayah. Tak melibatkan masyarakat. Yang mati hanya anak dia. Tak payah la polis susah-susah sampai tak balik rumah semata-mata untuk cari penjenayah tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Akak okeh jah theols mati sebab semak ah beb, gi mampos la kau haaa gayyyytuh sissy. |
|
|
|
|
|
|
| |
|