CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33883|Reply: 101

[Politik] SPRM sita menara milik keluarga Daim Zainuddin

[Copy link]
Post time 22-12-2023 01:19 AM | Show all posts |Read mode
Edited by pengecattaik at 22-12-2023 09:00 AM

KUALA LUMPUR: Bangunan Menara Ilham di Jalan Binjai, di sini, yang dikatakan milik keluarga bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Notis penyitaan bangunan setinggi 60 tingkat itu bertarikh 18 Disember lalu disiarkan hari ini melalui ruangan pemberitahuan sebuah portal berita, dengan ditandatangani Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Akram Gharib.

Ia ditujukan kepada Pendaftar Hak Milik, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan.

Daim sebelum ini dilaporkan antara yang turut disiasat SPRM berkait transaksi korporat bernilai RM2.3 bilion pada November 1997 yang membabitkan Renong Bhd dan United Engineers Malaysia Bhd (UEM), dua entiti yang juga bekas tonggak perniagaan dikaitkan dengan UMNO ketika parti itu mentadbir negara.

Siasatan itu kesinambungan daripada pendedahan dokumen sulit oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) berhubung transaksi yang disyaki berlaku di beberapa pusat kewangan luar pesisir.

Susulan itu, SPRM pada Jun lalu membekukan akaun bank berjumlah lebih RM39 juta antara lain membabitkan milik bekas menteri kanan, dua ahli perniagaan bergelar 'Tan Sri' dan ahli keluarga mereka.

Pembekuan itu membabitkan 192 akaun bank, merangkumi 35 akaun syarikat dan 157 akaun individu.


Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, siasatan itu bertumpu pada Seksyen 23 Akta SPRM 2009, berhubung kesalahan salah guna kuasa untuk mendapat suapan dan kesalahan pengubahan wang haram di bawah Seksyen 4 (1) AMLATFPUAA 2001.

Bagaimanapun tiada sebarang makluman dinyatakan SPRM mengenai punca bangunan milik keluarga Daim itu disita sebagai harta tak alih pada Isnin lalu mengikut Seksyen 38(1) Akta SPRM 2009.

Susulan notis itu, sebarang urusan mengenai Menara Ilham adalah dilarang.

"Bahawa terdapat harta tak alih - seperti dalam jadual - adalah hal perkara suatu kesalahan di bawah Akta SPRM 2009. Dengan ini, mengeluarkan notis kepada kamu supaya menyita harta tak alih seperti dalam jadual tersebut; dan melarang segala urusan tentang harta tak alih itu.

"Kamu hendaklah serta-merta mencatatkan terma Notis ini pada dokumen hak milik yang berkenaan dengan harta tak alih itu dalam daftar di pejabat kamu," katanya.

BH masih cuba mendapatkan komen Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengenai tindakan pihaknya menyita bangunan terbabit.

Menara Ilham difahamkan mempunyai ketinggian 274 meter merangkumi hotel empat bintang, pejabat rasmi, galeri, medan selera serta kedai cenderamata, manakala sebanyak 33 tingkat aras untuk kegunaan pejabat dan selebihnya adalah apartmen.

Ia siap dibina pada 2015 juga dikenali sebagai Menara IB, singkatan kepada Ilham Baru.








Multiple Polls: ( Max 2 choices ), Total 60 Users voted

Count down: 24 Days20 Hours49 min.

Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2023 01:58 AM From the mobile phone | Show all posts
DAIA Sabun Pencuci Baju Excellent 2.3kg.
DAIA Sabun Pencuci Baju Excellent 2.3kg.

Ulang…

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2023 06:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Patutlah cekelat daim jual mur2 skang... Kekeke
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2023 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Menantu dia kan yg suka tayang bontot bertatu
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2023 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Kampeni2 yg menyewa tapak dlm bangunan tu apecer? Kena cari tmpt lain utk keje ka apa?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2023 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Tula pasei kalau tgk kaya raya tak munasabah seluruh ahli keluarga anak cucu cicit piut..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2023 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg totally tutup tempat ni ke camne? Suka kedai kopi dia tu very arty
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2023 09:05 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 22-12-2023 08:11 AM
Kampeni2 yg menyewa tapak dlm bangunan tu apecer? Kena cari tmpt lain utk keje ka apa?

tu lahhh...apartment pun ada tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2023 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerita rasuah tahun 1997? Nmpk benar. Knp x nak siasat Kes rasuah zaman sultan Mansur shah dulu2 jer?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2023 09:11 AM | Show all posts
monsterwife replied at 21-12-2023 11:12 PM
Menantu dia kan yg suka tayang bontot bertatu

Menantu tak sudah2 menayang segala bontot tetek. Tak relax langsung.

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2023 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2023 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
kechikchomel replied at 22-12-2023 09:05 AM
tu lahhh...apartment pun ada tu

Ka tukaq management jahh nnt?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2023 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 22-12-2023 09:10 AM
Cerita rasuah tahun 1997? Nmpk benar. Knp x nak siasat Kes rasuah zaman sultan Mansur shah dulu2 jer ...

Malaysia ujud tahun bila? Ni kan kes kerajaan Malaysia. Bukan kerajaan Melaka
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2023 09:28 AM | Show all posts
bangsa melayu jua menyakau duit melayu...rakyat sudah kena tipu
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2023 09:29 AM | Show all posts
Nurul8001 replied at 22-12-2023 09:22 AM
Malaysia ujud tahun bila? Ni kan kes kerajaan Malaysia. Bukan kerajaan Melaka

kesian org mcm tu..kikikiki
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2023 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Prickford replied at 22-12-2023 09:11 AM
Menantu tak sudah2 menayang segala bontot tetek. Tak relax langsung.

Anak menantu dia kerja apa ye? Mmg menantu sorg ni je ke ada lg yg lain2?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2023 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Macik ok je gertak2 deme ni sikit
Alahhhh tak luak pun duit deme
Sedangkan JJ mati pun tinggal harta 2B
Inikan pulak Atok dan Daim
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2023 09:43 AM | Show all posts
monsterwife replied at 22-12-2023 07:12 AM
Menantu dia kan yg suka tayang bontot bertatu

yg kawen gan wira tu en
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2023 09:52 AM | Show all posts
so the daim boisss hat 4 orang tu acener lak?
menyusul kah?

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2023 10:16 AM | Show all posts
aechae replied at 22-12-2023 01:35 AM
Anak menantu dia kerja apa ye? Mmg menantu sorg ni je ke ada lg yg lain2?

Entoh lerrr.. Mmg yg femes menantu yg suka menayang tu. Mcm ada bisnes sendiri tapi kalau dibiarkan tak jalan melainkan pak mertua salur2 cikit.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.081694 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list