View: 20784|Reply: 2
|
Naik Eco-Cruise Sungai Linggi percuma terokai habitat buaya
[Copy link]
|
|
Naik Eco-Cruise Sungai Linggi percuma terokai habitat buaya
ECO-CRUISE Sungai Linggi akan diangkat sebagai salah satu produk pelancongan utama di Melaka.
ALOR GAJAH – Orang ramai berpeluang menaiki Eco-Cruise Sungai Linggi dekat sini secara percuma sehingga 31 Disember ini untuk menerokai pelbagai hidupan flora dan fauna termasuk habitat Sang Bedal serta Taman Lokan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, promosi itu adalah bersempena dengan program Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024) yang akan mengangkat lokasi itu sebagai salah satu produk utama pelancongan di bahagian utara Melaka.
Jelasnya, tawaran itu disediakan pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad sehingga majlis perasmian pembukaan Eco-Cruise dibuat pada 5 Januari depan.
“Pengunjung akan dibawa menusuri sungai bermula di Jeti Paya Lebar sehingga ke Taman Lokan yang memakan masa kira-kira tiga jam untuk perjalanan pergi dan balik, selain menikmati makan tengahari di Restoran Terapung.
“Mereka berpeluang melihat dari dekat habitat buaya di sepanjang Sungai Linggi hingga ke muaranya, yang jika air surut Sang Bedal ini kebiasaannya akan berehat di kawasan gigi air,” katanya selepas melancarkan Eco-Cruise Sungai Linggi di Kampung Paya Lebar, Masjid Tanah di sini, hari ini.
Tambahnya, dalam ekspedisi itu pengunjung juga berpeluang melihat Sabak Arang yang merupakan sebuah tempat pembuatan arang kayu yang berusia kira-kira 100 tahun. – KOSMO! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... okai-habitat-buaya/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Huarghh.. voley la jjcm melaka lebey kerap lepaih ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
tak bahaya ke naik bot tu melihat sang bedal? tau lah free tapi cuak lak aku |
|
|
|
|
|
|
| |
|