CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4379|Reply: 0

[Sabah] https://www.utusanborneo.com.my/2023/12/20/kerajaan-negeri-perlu-jelaskan-status-perlombongan-di-bukit-mantri-balung

  [Copy link]
Post time 21-12-2023 07:11 PM | Show all posts |Read mode


PELAWAT: Antara delegasi sulung KM Cattleya Express dari Pelabuhan Tanjung Silopo yang tiba di Sabah Port Lahad Datu.

LAHAD DATU: Pembukaan laluan pengangkutan laut dari Pelabuhan Tanjung Silopo, Sulawesi Barat, Indonesia ke Lahad Datu dilihat dapat memberikan impak positif kepada kedua-dua negara.

Pegawai Daerah, Firuz Idzualdeen Mohd Dzul berkata, kerajaan telah meluluskan tempoh percubaan bagi pelayaran menaiki KM Cattleya Express dari Pelabuhan Tanjung Silopo ke Lahad Datu ini selama enam bulan.

Katanya, sekiranya pelayaran ini mendapat sambutan dan memberi impak positif kepada kedua-dua pihak, kerajaan akan mempertimbangkan untuk melanjutkannya sehingga ke masa yang akan ditetapkan nanti.

“Buat masa ini, kekerapan bagi pelayaran ini adalah dua kali sebulan tertakluk kepada jadual yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Malaysia dan Indonesia.

“Dengan adanya pelayaran ini, ia membolehkan pelancong asing datang ke Sabah atau rakyat Malaysia yang ingin ke Indonesia menggunakan perkhidmatan feri,” katanya.

Firuz berkata demikian ketika menyambut delegasi pertama pelayaran berkenaan di Sabah Port, di sini, hari ini.

Pelayaran julung kali ini disertai oleh 93 delegasi ini diketuai oleh Bupati Polewali Mandar, Andi Ibrahim Masdar yang tiba di Jeti Sabah Port lebih kurang jam 8pagi.

Dalam pada itu, Firuz berkata pihaknya telah menubuhkan satu jawatankuasa sebagai persediaan susulan peningkatan kes wabak COVID-19.

Katanya, langkah berjaga-jaga dilaksanakan di semua peringkat termasuk pemantauan setiap ketibaan pelayaran oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Bagaimanapun, katanya pihaknya akan memaklumkan sebarang Prosedur Operasi Standard (SOP) setelah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

Sementara itu, Bupati Polewali Mandar, Andi Ibrahim Masdar berkata, pelayaran ini adalah hasil usaha yang dilaksanakan oleh kedua-dua pihak selama enam tahun.
Pelayaran ini katanya, mendapat sambutan baik daripada rakyat Indonesia yang mempunyai keluarga bekerja di Sabah.

“Dengan adanya pelayaran ini, para keluarga yang berada di Indonesia boleh datang bertemu dengan keluarga di sini, disamping merancakkan lagi hubungan antara Indonesia dan Malaysia,” katanya.

Andi Ibrahim turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan pelayaran ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.056037 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list