CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2497|Reply: 0

[Sabah] Tiada aduan pelitup muka, cecair sanitasi naik harga: KPDN Sabah

[Copy link]
Post time 21-12-2023 07:04 PM | Show all posts |Read mode


Utusan Borneo

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah mengesahkan tiada sebarang aduan atau laporan berhubung kenaikan harga dan kekurangan pelitup muka, cecair sanitasi dan kit ujian kendiri COVID-19 di negeri ini walaupun berlaku peningkatan kes ketika ini.

Hasil tinjauan juga mendapati tiada pembelian panik daripada pengguna di sekitar pasaraya atau premis perniagaan di sini.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah, Zulfamy Mat Udi berkata, pihaknya mengambil maklum berhubung trend kes COVID-19 yang dilaporkan semakin meningkat setiap hari ini negeri ini.

Katanya, berdasarkan kepada pengedaran dan penjualan pelitup muka, cecair sanitasi serta kit ujian kendiri COVID-19 di negeri ini mendapati kesemua barangan inu ada dijual di pasaran sama ada di farmasi atau pasar raya pada harga yang murah dan berpatutan.

"Setakat ini, KPDN Sabah tiada menerima sebarang aduan ataupun laporan berhubung kenaikan harga dan kekurangan bekalan barangan ini di pasaran.

"Beberapa farmasi yang diperiksa juga memaklumkan berlaku sedikit peningkatan permintaan terhadap ujian kendiri COVID-19 bagaimanapin, bekalan masih mencukupi," katanya semasa dihubungi di sini.

Menurutnya, pihak farmasi juga sentiasa menambah stok bekalan daripada pembekal untuk menampung permintaan yang dijangka akan meningkat.
"Keadaan di pasaran juga tidak berlaku pembelian panik atau 'panic buying' daripada pengguna," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, anggota penguat kuasa KPDN Sabah akan sentiasa berada di lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli belah seperti pasar awam, pasar tani dan pasar raya.

"Ia bertujuan untuk menjalankan pemeriksaan dan pemantauan setiap hari bagi memastikan barang-barang keperluan termasuk pelitup muka, cecair sanitasi dan kit ujian kendiri COVID-19 sebagai langkah untuk menstabilkan harga barangan.

"Selain memastikan keberadaan bekalannya di pasaran mencukupi, mudah didapati dan dijual pada harga yang berpatutan," katanya.

Jelasnya lagi, mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2022 dan Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.

Sehubungan itu, katanya KPDN sentiasa mengalu-alukan sebarang maklumat serta aduan berkaitan salah laku peniaga ataupun kekurangan bekalan barang kawalan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.058562 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list