CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5478|Reply: 0

[Sabah] Restoran jual sotong manis RM50 disiasat KPDN

[Copy link]
Post time 21-12-2023 04:56 PM | Show all posts |Read mode

PERIKSA: Pegawai KPDN menjalankan pemeriksaan di restoran terbabit.


KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah mengambil tindakan terhadap sebuah restoran yang didakwa menjual lauk sotong manis pada harga RM50 di sini.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa, KPDN Sabah Zulfamy Mat Udi berkata, premis berkenaan dikenakan tindakan dan disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Perlindungan Pengguna 1999 kerana meletakkan harga yang tidak jelas serta mengelirukan.

Katanya, premis itu turut diberi Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) mengikut Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 berhubung makanan sotong manis berkenaan.

"Tindakan ini bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung harga makanan berkenaan dan meminta pemilik restoran untuk memberi maklum balas dalam tempoh dua hari.

“Siasatan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 juga masih dijalankan sementara menunggu maklum balas daripada peniaga terbabit,” katanya dalam kenyatan media di sini.

Zulfamy berkata, berdasarkan pemeriksaan, premis berkenaan ada menunjukkan tanda harga bagi setiap makanan dan minuman yang dijual termasuk sotong manis itu.

“KPDN bagaimanapun menasihatkan pemilik premis supaya memaklumkan harga dengan lebih jelas dari segi saiz sotong manis kepada pelanggan.

“Sebagai contoh, harga untuk sotong

manis bersaiz kecil, sederhana dan besar perlu dinyatakan dan penandaan harga yang lebih khusus juga perlu diberi untuk mengelakkan kekeliruan pengguna.

“KPDN juga menasihatkan orang ramai supaya bertanya terlebih dahulu kepada peniaga atau menyemak senarai harga yang dipamerkan sebelum mengambil makanan, bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan,” katanya.

Sebelum ini tular di media sosial berhubung kenyataan seorang pengguna yang mendakwa terkejut dengan harga lauk sotong yang mencecah RM50.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.134814 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list