Dalam pada itu, pelakon yang terkenal dengan filem ‘Ola Bola’ tersebut mendedahkan bahawa kehidupan sebagai seorang bapa tunggal menjadikan dirinya lebih kuat untuk bekerja demi memberikan yang terbaik buat anaknya.
"Ia mengajar saya lebih kuat sebab kita dah mula tahu ada insan yang berharap pada kita. Jadi, kalau kita ‘down’, jatuh dan nak mengadu mengenai masalah kehidupan apa pula perasaan anak saya nanti.
"Bila mana saya bekerja, saya niatkan rezeki dan habuan saya itu untuk anak saya dan pada saya itu yang memudahkan urusan kerjaya seni saya.
"Saya percaya pada rezeki, kalau Allah kata tak jadi maka tak jadilah tapi kalau Allah kata ada rezeki saya, adalah.
"Saya dah berlapang dada dan berharap peluang untuk saya berlakon itu sentiasa ada untuk kelangsungan hidup saya dan anak," katanya lagi.
Sekadar info, Luqman dan Atiqah pernah mendirikan rumah tangga pada 20 Mac 2020 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Eve Laura, 3.
Sehinggalah pada Disember 2022, Luqman mendedahkan bahawa dia dan Atiqah sudah pun bercerai pada Jun 2022 yang lalu.
Sumber: Oh Bulan