CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7655|Reply: 0

[Terengganu] Sampah hanyut cemari Pantai Lagoon

[Copy link]
Post time 21-12-2023 10:55 AM | Show all posts |Read mode
Sampah hanyut cemari Pantai Lagoon

Baharom Bakar - Disember 21, 2023 @ 10:41am   bhnews@bh.com.my




Pantai Lagoon Kuala Ibai tetap dikunjungi walaupun dipenuhi sampah hanyut disebabkan fenomena air pasang besar. - NSTP/BAHAROM BAKAR




KUALA TERENGGANU: Keindahan Pantai Lagoon berhampiran Masjid Tengku Tengah Zaharah di Kuala Ibai, di sini, tercemar apabila dipenuhi sampah hanyut susulan fenomena air pasang pada musim Monsun Timur Laut (MTL).

Tinjauan mendapati pantai sepanjang kira-kira dua kilometer di muara Sungai Ibai, dipenuhi batang, dahan dan ranting pokok hanyut, selain bongkah pokok nipah yang dihanyutkan. Difahamkan, keadaan itu mula dilihat sejak awal bulan ini serentak permulaan musim MTL.

Selain sisa berkenaan, pantai juga dicemari pelbagai jenis sampah, namun ia tidak menghalang orang ramai daripada terus berkunjung ke lokasi berkenaan untuk berkelah dan beriadah.

Pekerja syarikat pembersihan yang ditemui, memberitahu mereka kerap memersihkan pantai berkenaan, termasuk mengangkut sampah yang dihanyutkan, namun sisa bersaiz besar seperti batang dan dahan pokok serta bongkah pokok nipah tidak dapat dibersihkan secara manual.

"Sampah kecil seperti ranting pokok dan sisa seperti botol minuman serta bekas makanan yang dihanyutkan arus diambil setiap hari, terutama pada sebelah pagi. Pengurusan sudah mohon jentera untuk angkut sampah besar termasuk batang, dahan pokok serta bongkah pokok nipah," katanya.

Sementara itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Rosli Latif, berkata sampah hanyut disebabkan air pasang besar, terutama sepanjang musim MTL sering dilihat di pantai dalam kawasan MBKT.

"Kontraktor sudah diminta melakukan kerja pembersihan di semua pantai dalam kawasan pentadbiran MBKT setiap hari, tetapi sampah tetap dihanyutkan ke pantai terutama apabila fenomena air pasang besar," katanya.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 27891 Replies : 772
Anna Jobling sambut birthday bf di Jakarta
mnh607Anna Jobling sambut birthday bf di Jakar
Views : 12064 Replies : 193
Pelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada Simpanan RM100,000 jika hendak sambung belajar di Australia
YgBenarPelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada
Views : 25662 Replies : 178
Cari Forum dah carum ke dekkkk?
stingerkentotCari Forum dah carum ke dekkkk?
Views : 2409 Replies : 10
Demi Zuriat,Wanita ini Mengandung Selepas Buat Bariatrik tetapi kiciwa suami curang dengan perempuan gemuk lain dan diceraikan.
YgBenarDemi Zuriat,Wanita ini Mengandung Selepa
Views : 4205 Replies : 68
Pembongkaran khas projek gagal RM300 juta di Serambi Walaun
pengecattaikPembongkaran khas projek gagal RM300 jut
Views : 1443 Replies : 4
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 107229 Replies : 1549
Ayam DARSA guys! Besar!!!
admin6Ayam DARSA guys! Besar!!!
Views : 7388 Replies : 4
DUA GARIS BIRU
prettygoodDUA GARIS BIRU
Views : 1313 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.054124 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list