View: 9983|Reply: 4
|
Tragis Ibu Dan Anak Usia 4 Tahun Maut Kereta Kemalangan Dengan Lori 10 Tan Di Johor
[Copy link]
|
|
Seorang ibu dan anak maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Viva dan lori 10 tan jenis Nissan UD pada pagi Rabu.
Dalam insiden berhampiran Ladang Paya Munis, Jalan Mersing ke Felda Nitar, Johor itu, mangsa yang maut adalah Zubaidah Zakaria, 33, dan anak lelakinya, Uwais Rayyan Mohamad berusia empat tahun.
Foto: mStar
Sementara itu, pemandu lori yang merupakan seorang lelaki berumur 40 tahun hanya mengalami kecederaan.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 7.37 pagi.
Pemandu lori ini hanya mengalami kecederaan.
Foto: mStar
Dua jentera light fire rescue tender (FLRT) dan sebuah unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing dan Endau dikejarkan ke lokasi.
"Mangsa tersepit di dalam kereta terbabit dan bomba bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas.
"Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia.
"Jenazah diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya," katanya. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Allahu...dah x nmpk rupa kete dah..viva lawan lori 10 tan...apa penyebabnya agaknya... |
|
|
|
|
|
|
| |
|