View: 11102|Reply: 4
|
Simpan Segala Resit Kalau Nak Saman Tunang Batalkan Perkahwinan
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Individu yang pernah ditipu tunang boleh mengambil tindakan menyaman dan mengheret mereka ke mahkamah sekiranya ia membabitkan kerugian.
Menerusi hantaran di TikTok, peguam Datuk Wan Azmir Wan Majid berkata, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum menyaman bekas tunang masing-masing.
“Boleh saman jika anda mengalami kerugian berbentuk kewangan akibat pembatalan (majlis) tersebut seperti perbelanjaan yang dikeluarkan untuk majlis perkahwinan,” katanya.
Menurutnya, mangsa juga boleh mendapatkan pampasan daripada bekas tunang jika mereka berjanji untuk membayar semula perbelanjaan perkahwinan.
“Jangan lupa simpan semua resit sebagai bukti,” pesannya.
Meninjau ke ruangan komen, orang ramai berkata, langkah tersebut boleh digunakan sekiranya mereka ditipu oleh tunang masing-masing.
“Hutang RM5 pun susah hendak bayar, apatah lagi nak bayar saman beribu-ribu,” kata seorang pengguna.
“Kena ada hitam putih (dokumen) sebelum kahwin sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya tunang minta putus,” kata Ika.
“Kalau dah putus tapi cincin (pertunangan) tak mahu pulangkan, macam mana pula tu Datuk?,” tanya Hakimi. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
kalo time gopren bopren pehtu tajadi tawen , leh saman gak ke sbb tak sampai till jannah
kut la gopren membela bopren bewak
or gopren species kaki kikis .. nak datim tengok wayang pun nak book satu panggung cam watietekkkkk |
|
|
|
|
|
|
| |
|