View: 3974|Reply: 9
|
Perkerja Zoo Mati Diserang Badak Air Ketika Bersihkan Kandang
[Copy link]
|
|
NEW DELHI – Seorang pekerja sebuah zoo di India mati diserang seekor badak air ketika dia masuk ke dalam kandang haiwan itu untuk membersihkannya.
New York Post melaporkan, kejadian yang berlaku di Zoo Lucknow, negeri Uttar Pradesh menyaksikan mangsa yang dikenali sebagai Suraj, 40, masuk ke kandang mamalia itu bersama seorang rakan sekerja, Raju.
Badak air itu dikatakan sepatutnya dikurung di dalam kandang semasa kerja-kerja penyelenggaraan berjadual dijalankan, namun ia secara tiba-tiba lolos lalu menyerang mangsa.
Gambar Hiasan
Suraj mati di tempat kejadian, manakala Raju mengalami kecederaan dan dimasukkan ke hospital.
Pengarah Zoo Lucknow, Aditi Sharma berkata, badak air tersebut segera dikurung selepas insiden itu, manakala pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.
Seorang kakitangan zoo yang enggan dikenali berkata, kandang badak air tersebut mungkin tidak ditutup dengan betul ketika kerja-kerja pembersihan dijalankan.
Kejadian itu berlaku ketika zoo tersebut ditutup kepada pengunjung. – CARI
Sumber:Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
naluri haiwan liar ni tetap ada biar dh jinak |
|
|
|
|
|
|
|
Badak air merupakan haiwan darat ketiga terbesar di belakang gajah dan badak sumbu. Setiap tahun, mereka bertanggungjawab ke atas kematian 500 manusia. |
|
|
|
|
|
|
|
kena cjeck jgk motip pembunuhan..
mana tahu arwah ada buat gangguan seksual kt badak air tu..i xcaya kt manusi skrg
|
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik la dah tutup kat pengunjung kalau tak |
|
|
|
|
|
|
|
Kena pijak dan himpap dgn badak kot.
Kalau manusia badak himpap kita pun boleh terberak dibuat nye, lagikan badak air badak sumbu atau cucur badak |
|
|
|
|
|
|
| |
|