CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5341|Reply: 22

"Beras Apa Ni Tak Seleralah, Telur Gred C Ke D?" Pelanggan Dari Neraka, Pertikai Barangan Dapur Percuma Dari Pemilik Homestay

[Copy link]
Post time 19-12-2023 11:32 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – “Homestay (inap desa) awak guna beras apa ini? Kami masak tak seleralah nak makan nasi macam ini. Telur gred C ke D ini? Kami ramai, telur 12 biji je ke?" komen pelanggan yang menempah satu malam berada di sebuah inap desa di Melaka.


Menerusi perkongsian pemilik inap desa tersebut di Facebook, dia terkejut dengan maklum balas pihak pelanggan apabila mempertingkai kualiti barangan dapur yang disediakan di dalam rumah secara percuma.


Katanya, jarang sekali tuan rumah akan menyediakan barangan lengkap termasuklah makanan sampingan seperti roti dan beberapa keperluan memasak lain kepada pelanggan, namun dia berbuat demikian atas niat untuk sedekah.


Foto: FB




Bagaimanapun, kebaikannya itu seperti tidak dihargai sehingga pelanggan menyifatkan tuan rumah seperti mahu memberi makan kepada ayam apabila hanya membekalkan keperluan barangan yang dianggap tiada kualiti.


Dalam pada itu, pemilik tersebut turut memuat naik beberapa tangkap layar perbualannya bersama pelanggan terbabit di WhatsApp.


“Orang bayar RM250 bukan sikit bagilah beras elok sedikit, lain kali bagi beras wangi atau paling ‘lowclass’ pun beras basmathi, bukan beras murah macam itu nak bagi orang makan.


“Ingat kami ini ayam ke nak bagi makan beras macam itu? Dah lah kicap sos pun cap Jalen sahaja, ada lagi satu kicap dari China agaknya. Dah macam duduk ‘homestay’ bajet, rumah cantik dah tapi beras, telur entah apa-apa kau bagi orang makan.


“Telur Lo*** gred A pun dah macam gred C, D telur lain. Sebaiknya bagi telur omega, telur lain tak sihat untuk anak-anak. Kami dah lah ramai, berebut semua tak cukup makanan,” komen pelanggan tersebut.







Menurut pemilik, bayaran RM250 semalam bagi sebuah inap desa disediakan empat bilik tidur yang kesemuanya dilengkapi penghawa dingin, manakala bekalan makanan tersebut adalah barangan sedekah untuk pelanggan dari pihak tuan rumah.


“Harga kami RM250 je semalam cik.. Empat bilik semua berhawa dingin, peralatan dan bahan memasak semua kami bagi percuma.


“‘Homestay’ lain tiada sediakan rasanya beras, telur, garam, roti semua itu cik. Kami sediakan sebab niat nak sedekah dan mudahkan urusan pelanggan. Maaflah kalau tak sesuai dengan tekak,” balas pemilik inap desa tersebut.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan pelanggan tersebut seperti dari ‘neraka’ apabila mempertikaikan segala pemberian sedekah tuan rumah.


“Pelanggan dari ‘neraka’ betul. Kita untung la tuan rumah nak sediakan bekalan makanan untuk pelanggan. Aku bayar RM500 semalam pun hanya dapat rumah dan bilik sahaja. Ini konsep ‘homestay’, bukan pakej buffet. Kau kedekut keluar duit untuk beli makanan, kau bising pula kualiti barangan tuan rumah sediakan. Geram betuo aku baca komen pelanggan ini,” tegur Zain.


“Pelanggan ‘homestay’ ini mungkin tak pernah check in (tempah) hotel. RM250 itu dapatlah bilik hotel dan makan untuk dua orang bukan 12 orang.


“Cuba ‘check in’ hotel dengan bayaran RM250 dan bawa 12 orang itu. Agak-agak jadi sardin tak? Inilah namanya tak bersyukur dan kufur dengan nikmat rezeki, jarang saya jumpa ‘homestay’ sediakan semua ini dengan RM250 murah sangat dengan beberapa barangan percuma,” komen Nad Masrom. –CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2023 11:42 AM | Show all posts
awal2 baca aku dh tau marketing murahan
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Marketing..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 11:46 AM | Show all posts
mak iolls pernah pesan kt dulu, jangan beria melayan manusia ni. layan ala kadar jer, dlm konteks ni, klu uolls buat bisnes homestay jer, bagi sewa rumah jer . jgn beria bagi makanan bagai lah...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Tah kenapa, aku pn rasa marketing stunt, conversation mcm dgn individu yg sama
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh letak rules ala2 airbnb. Satu rumah limit 6 org. Pas tu kalau org yg sewa tu merungut tak cukup roti or telur, caj sbb bawak extra org
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2023 12:58 PM | Show all posts
kira murah dah tu rate dia utk rmh 4 bilik. aku hr tu byr dkt 300, dpt duplex 2 bilik je. tu area hartamas la.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 01:14 PM | Show all posts
i pun tikam ini gimik marketing..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2023 01:16 PM | Show all posts
Ni sama kes marketing stunt kes curang guna billboard tu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Merepek, marketing ke? Sbb ayat mcm nganjing

Btw beras n telur tu disediakan bila tetamu nk masuk ke atau mmg dah sedia ada umah tu? Tak rosak ke bkn jenis brg tahan lama pun.

Iols duk homestay kat felda selancar masa kazen kawen,umah besar ada aircond kat semua bilik n ruang tamu.
Peti ais penuh air tin n kotak tp kena bayar la.
Air mineral pun kena bayar. Ada tabung la dia sediakan utk bayar.
Bantal kemain byk dia sediakan setiap bilik tp selimut selai pun takde.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 02:27 PM | Show all posts
either marketing atau mmg jenis customer xpnh tido hoemstay/hotel kot...udahlah byr murah, byk songel plak
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 02:33 PM | Show all posts
masih adakah pelanggan berlagak gila spt ini. .. kalau ada pun aku rasa dia belah jer. tak padan lagak dengan bayaran dia buat tu. kalau aku tuan ruma aku dah halau...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 02:34 PM | Show all posts
marketing tahap punda
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Marketing. Biasanya kalau orang ramai-ramai ni diroang pun maklum bawa barang dan bahan masakan sendiri. Cara menaip di whatsapp pun nampak macam sendiri punya ayat. Sedihnya, homestay memang tak laku ke sampai kena buat macam ni?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Homestay biasa tempat tido n rehat sekejap je
Selebihnya nk jln merata n  jjcm x pun nk pegi kenduri umah sedara. Byk pulak celadaknya ye!
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
hasanah tak hasanah tapi menyirap sungguh kalau ada makhluk baru keluar gua bayar rm250 semalam sebijik homestay 4 bilik full ac dia perasan dapat level hotel? dah la check-in awal berambos lewat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2023 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Bersyukurlah dengan apa yang ada, itu semua compliment kot
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh.. kenapa peel berlagak gila padahal duk homestay je..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 08:26 PM | Show all posts
Nak sedekah pada ongkaya ka? Bodohnya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm marketing je. Lagi plk ada disclaimer ini bukan content lol. Duduk sehari mmg ada masa eh org nk msk..kalau dua hari tu yelah lebih kepada nk santai.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.309883 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list