Edited by JoyahMengayah at 19-12-2023 01:07 PM
PETALING JAYA: Baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang isteri menyerang suaminya yang telah kantoi bercuti dengan wanita lain di lapangan terbang.
Menerusi perkongsian video di Instagram, kelihatan lelaki itu sedang berborak mesra dengan seorang wanita yang dikatakan kekasihnya dan perkara itu dirakam oleh isterinya.
Rakaman video berdurasi 30 saat itu menunjukkan wanita tersebut beralih ke arah lain seakan tidak mengenali antara satu sama lain apabila disergah oleh isteri kepada lelaki terbabit.
Dalam pada itu, isteri kepada lelaki tersebut mengingatkan suaminya bahawa mereka masih lagi sah sebagai suami dan isteri.
“Apa yang awak buat ni? Awak tahu kan kita masih lagi sah berkahwin?” soal perakam video itu.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen mengecam dan tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki itu menduakan isterinya.
“Yang tiada rupa selalunya curang. Jadi pengajarannya carilah lelaki yang ada rupa,” komen @sarinah_art
“Murahnya harga diri seorang wanita yang sanggup bercinta dengan suami orang. Macam mana awak boleh percaya dengan lelaki yang curang dengan isteri dia? Sudah tentu dia akan tipu awak juga,” tulis @royrodrigues.
Video berkenaan telah tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai dengan 1.2 juta tontonan, 717 komen dan 5,867 tanda suka.
|