View: 8677|Reply: 13
|
Tak Puas Hati Dengan Bonus, Lelaki Selamba Baling 3 Bom Tangan Sampai Ramai Kritikal
[Copy link]
|
|
Anggota PBT Ukraine, Sergey Batrin meletupkan tiga bom tangan ketika mesyuarat tempatan di Keretskivska, Ukraine pada Jumaat.
Polis Ukraine dalam satu kenyataan berkata, insiden mengejutkan itu telah menyebabkan kecederaan 26 ahli lain termasuk pelaku manakala enam daripadanya cedera parah dan berada dalam keadaan kritikal.
Sebelum kejadian, Sergey dikatakan telah bergaduh dengan rakan sekerjanya berhubung peruntukan bonus 50 peratus dan bonus bulanan 100 peratus kepada Ketua Kampung.
Namun, tindakan nekad itu dilakukan apabila rakan-rakannya tidak menerima dakwaan dan hujahnya.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bilik mesyuarat tersebut, individu itu dilihat masuk ke bilik dan berdiri di pintu sebelum membaling tiga bom tangan ke lantai.
Dalam rakaman itu, kesemua ahli kelihatan sedang duduk dan berada sangat dekat dengan Sergey sebelum mereka dilihat bertempiaran lari ketika kejadian.
Sementara itu, polis juga dilaporkan berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut dan menyatakan bahawa kejadian dikategorikan sebagai jenayah keganasan. — CARI
Sumber: Majoriti |
|
|
|
|
|
|
|
mentalnya. kesian pompuan yg plg dekat dgn dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya ahli majlis miskin laknat terkutuk |
|
|
|
|
|
|
|
ada dekat X, warga Ukraine, persoal, time perang, tapi kereta mewah2 masih masuk untuk jualan, dijual untuk siapa? |
|
|
|
|
|
|
|
Sekbaik meeting JKKK kampung negara kita tak macam ni. |
|
|
|
|
|
|
|
airfilterkotor replied at 19-12-2023 05:58 PM
Sekbaik meeting JKKK kampung negara kita tak macam ni.
Baling kerusi... |
|
|
|
|
|
|
|
Next level punya mesuarat |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nak JMB akur dengan aduan tenant, buleh praktis mende ni tiap kali meeting. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan tenant sisthur. Penduduk. Jmb pun, penduduk sendiri yg lantik. Boleh la baling bom sesama sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
nuryakmal replied at 19-12-2023 08:54 PM
Bukan tenant sisthur. Penduduk. Jmb pun, penduduk sendiri yg lantik. Boleh la baling bom sesama se ...
Ok thank you sis utk pembetulan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|