CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10843|Reply: 13

Adira Suhaimi Tetap Pendirian Nak Cerai, Datuk Red Pertahan Rumah Tangga Sebab Masih Sayang

[Copy link]
Post time 18-12-2023 03:10 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi Adira Suhaimi masih tetap dengan pendiriannya untuk meneruskan perceraian dengan suaminya, Datuk Seri Adnan atau Datuk Red.


Peguam syarie mewakili Adira, Nor Saidah Zakaria sewaktu ditemui HibGlam berkata, anak guamnya masih lagi tetap mahu meneruskan keputusannya untuk berpisah selepas memfailkan perceraian pada 25 Oktober lalu.






“Setakat ini Adira masih tetap dengan keputusannya (untuk bercerai). Tetapi saya tidak boleh bercakap lebih lanjut sebab tidak mendapat arahan daripada anak guam saya (Adira),” ujar Nor Saidah.


Adira atau nama lengkapnya Siti Adira Suhaimi, 32, bagaimanapun tidak hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat Rawang, Selangor hari ini selepas mahkamah mengecualikan kehadirannya.


Sementara itu, peguam syarie mewakili Datuk Red, Muhammad Akmal Amzan ketika ditemui hari ini memberitahu, anak guamnya telah melantik sahabat baik sendiri sebagai wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) seperti yang diperintahkan mahkamah sebelum ini, selepas Datuk Red, selaku defendan gagal membawa wakil pada sebutan kes pertama pada 4 Disember lalu.


Pada masa sama, Akmal memberitahu bahawa anak guamnya tetap dengan pendirian untuk cuba mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama Adira.






“Anak guam saya (Datuk Red) telah melantik sahabat baiknya sebagai JKP.


“Seperti sebelum ini, anak guam saya tetap mahu mempertahankan rumah tangganya kerana masih sayangkan perkahwinannya,” kata Akmal.


Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat hari ini menetapkan 5 Mac 2024 bagi keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dilantik Adira dan suaminya berhubung proses penceraian mereka.


Hakim Syarie, Abdul Hadi Umar menetapkan tarikh itu selepas prosiding perlantikan wakil JKP oleh Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, 42, telah selesai hari ini. Dalam prosiding hari ini, Datuk Red melantik rakannya sebagai wakil JKP.


Manakala Adira, selaku plaintif telah selesai melantik kakaknya Emma Suhaimi bagi wakil JKP berkenaan.


Dalam proses perceraian, JKP terdiri daripada anggota keluarga yang rapat dengan pasangan terbabit bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian dalam kemelut rumah tangga.






Semasa prosiding hari ini, peguam syarie Muhammad Akmal Amzan yang mewakili Datuk Red selaku defendan menyatakan ingin mengambil masa selama enam bulan bagi proses JKP itu.


Namun peguam syarie Nor Saidah Zakaria yang mewakil Adira membantah dan tidak bersetuju dengan tarikh yang panjang tersebut.


Selepas mendengar makluman kedua-dua belah pihak, Hakim Syarie kemudian menetapkan 5 Mac tahun depan bagi kedua-dua pihak mengemukakan laporan JKP masing-masing.


Untuk rekod, Adira memfailkan perceraian dengan suaminya pada 25 Oktober lalu selepas mendakwa tidak lagi wujud persefahaman dalam perkahwinan mereka.


Sebelum ini, pelantun Ombak Rindu itu pernah memfailkan permohonan cerai terhadap Adnan di mahkamah sama pada 1 April 2019.


Bagaimanapun penyanyi berasal dari Sabah itu menarik semula permohonan dibuat bagi memberi peluang kedua kepada suami selain cuba berbaik demi anak-anak.


Permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.


Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.


Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob yang kini berusia setahun.




Sumber: HibGlam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2023 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Hujung hujung...dah tahu dahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 03:48 PM | Show all posts
apesal nak cerai... dato red tak  bagi nafkah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 03:52 PM | Show all posts
masa dia beranak last tu dia dh ikat kan? maknanya lps ni klu kawin lain x leh ngandung dh
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 03:56 PM | Show all posts
sayang ko ni adira, tuan cantik putih melepak. tapi tersilap pilih suami. pastu laki tak guna ko tu nampak mcm nak susahkan penceraian je. ade ke lantik kawan jadi wakil pendamai. sian ko
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye ke nak serai...

Tup2 kuar no 5....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2023 04:11 PM | Show all posts
dulu kau yang menggatal caras laki org!!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian ko adira. Aku tgok pun nampak penat. Hujung2 buat bideo kelakar buat hibur hati sndri. Tokmerah lepaskan jelaa buat ape nk tahan2 lagi org yg dah takde hati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2023 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Penat kan jd istri bernmbr ni?..byk hti nk kne jage. Berthn je la.
mana tau dpt lg ank lg dan lg.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Run adira run
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
ketambangkang replied at 18-12-2023 03:52 PM
masa dia beranak last tu dia dh ikat kan? maknanya lps ni klu kawin lain x leh ngandung dh

Penah tgk cite omputeh kisah ibu tunggal kawen lelaki bujang.
Tp dia amik perancang tanak peknen sbb takut nnt laki baru dia dh tak sayang anak2 dia tu bila ada anak sendiri.
So kalau mcm adira ni takyah susah2 la nk pikir dh
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
see, hasil sondolan pon tak kekal jua. Bazir je sheols sondol. Dah la kena kerja keras sorang2 jua
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Burong_Hantuk replied at 18-12-2023 04:11 PM
dulu kau yang menggatal caras laki org!!!

yasss, payah kan nak kesian
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 11:32 PM | Show all posts
black_handbag replied at 18-12-2023 03:56 PM
sayang ko ni adira, tuan cantik putih melepak. tapi tersilap pilih suami. pastu laki tak guna ko tu  ...

Normal je. Aku pun pernah jd wakil pendamai utk kwn aku sbb family member dia semua jauh, mak ayah dh tua, adik beradik tak byk duit. Dia sorg2 terkontang kanting dkt tempat org.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.043346 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list