CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8628|Reply: 1

[Negeri Sembilan] Guru rugi, terpedaya tawaran sewa van ke Thailand

[Copy link]
Post time 18-12-2023 12:59 PM | Show all posts |Read mode


JEMPOL: Hasrat seorang guru untuk bercuti ke Thailand dengan menaiki van lebur apabila dia terpedaya dengan tawaran sewa van yang diiklankan di Facebook.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa iaitu seorang wanita berusia 49 tahun di Balai Polis Bahau pada 12 Disember lalu.

Menurutnya, mangsa telah tertarik dengan tawaran iklan itu dan kemudiannya berurusan dengan seorang individu melalui WhatsApp di nombor telefon 017-9932008.

“Setelah berbincang, mangsa bersetuju untuk menyewa dua buah van tersebut dengan harga RM2,900 untuk ke Thailand selama dua hari.

“Mangsa membuat pembayaran ke akaun bank CIMB bernombor 7604832899 atas nama Tang Hoe Kiong sebanyak RM1,450 sebagai deposit.

“Pada 12 Disember lalu, kira-kira pukul 3 petang, mangsa menghubungi Hoe Kiong untuk bertanyakan pengesahan tarikh percutian pada 21 Disember ini tetapi tidak dijawab dan semakan pada Facebook juga telah tidak aktif,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.-UTUSAN.
https://www.utusan.com.my/berita ... wa-van-ke-thailand/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2023 03:53 PM | Show all posts
tipah tertipu bang.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.057978 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list