CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12493|Reply: 0

[Terengganu] 4 lelaki dijel 16 tahun kerana rogol berkumpulan budak 12 tahun

[Copy link]
Post time 17-12-2023 04:13 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Kuala Terengganu: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun terhadap empat lelaki atas pertuduhan merogol secara berkumpulan budak perempuan berusia 12 tahun, tiga tahun lalu.

Hakim Nooriah Osman membuat keputusan itu terhadap Muhammad Farizal Fauzi, 20, Tuan Muhammad Shafiq Tuan Ismail, 24, Muhammad Ghardafi Abdullah, 23, dan Ahmad Syah Herfudin Omar, 26, yang didapati bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama merogol mangsa secara berkumpulan di ladang sawit di Ketengah Jaya, Dungun antara jam 9 malam hingga 11 malam pada 29 September 2020.

Bagi kesalahan itu, mereka yang didakwa mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun, jika sabit kesalahan.



Mahkamah memerintahkan hukuman penjara terhadap tiga tertuduh bermula daripada tarikh sabitan iaitu hari ini manakala hukuman terhadap Ahmad Shah Herfudin bermula daripada tarikh dia ditangkap iaitu pada 11 Oktober 2020.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nabihah Hanin Ayim manakala tertuduh diwakili peguam, Wan Syahrizal Wan Ladin dan Mohd Shahir Mat Jusoh.

Media sebelum ini melaporkan lima lelaki ditahan kerana disyaki merogol murid tahun enam.

Dalam kejadian itu, mangsa mendakwa ditahan dua suspek dengan seorang daripadanya dikenali dan kemudian mengajaknya ke ladang sawit sebelum dirogol.

Tiga lagi suspek yang tiba di lokasi kejadian turut merogol mangsa.

Empat lelaki pada 5 Februari lalu diarahkan membela diri manakala seorang lagi yang berusia 19 tahun dibebaskan daripada pertuduhan berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ulan-budak-12-tahun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 27769 Replies : 769
Pembongkaran khas projek gagal RM300 juta di Serambi Walaun
pengecattaikPembongkaran khas projek gagal RM300 jut
Views : 998 Replies : 2
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 107229 Replies : 1549
Anna Jobling sambut birthday bf di Jakarta
mnh607Anna Jobling sambut birthday bf di Jakar
Views : 11826 Replies : 191
Pelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada Simpanan RM100,000 jika hendak sambung belajar di Australia
YgBenarPelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada
Views : 25593 Replies : 174
Ayam DARSA guys! Besar!!!
admin6Ayam DARSA guys! Besar!!!
Views : 7388 Replies : 4
DUA GARIS BIRU
prettygoodDUA GARIS BIRU
Views : 909 Replies : 0
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 33058 Replies : 241
Staf Cari Forum dah didaftarkan ke tak?
stingerkentotStaf Cari Forum dah didaftarkan ke tak?
Views : 2361 Replies : 9

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.054929 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list