CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12520|Reply: 0

[Terengganu] Wanita OKU, keluarga cemas air masuk rumah

[Copy link]
Post time 17-12-2023 04:12 PM | Show all posts |Read mode

ZAINIAH ketika ditemui Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Pulau Serai. FOTO Ghazali Kori

Dungun: Wanita orang kurang upaya (OKU) cemas apabila kediaman keluarganya di Kampung Bukit Gedup, Pelandang, di sini ditenggelami banjir.

Dia yang tidak boleh berjalan terpaksa menunggu Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk menyelamatkannya bersama keluarga.

Adik wanita itu, Maziatul Asma Muda, 37, berkata, mereka panik apabila air naik dengan cepat kerana mengenangkan kakak, Zainiah Muda, 50, yang tidak boleh berjalan.

"Kami kelam kabut apabila tengok air deras. Bukan hanya fikirkan kakak, ibu juga (Zainab Mohamad, 76) juga tidak sihat.



"Hujan tidak berhenti sejak 11 malam Khamis lalu sebelum pasukan APM datang menyelamatkan kami pada 8 pagi keesokannya.

"Ibu dan kakak (OKU) dibawa menaiki bot ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Pulai Serai di sini," katanya yang ditemui hari ini.

Maziatul Akmal berkata, walaupun cuaca dilihat baik, dia tidak berani pulang ke rumah kerana bimbang banjir semula.

"Katil pun tenggelam banjir, jadi sukar kami hendak tidur di rumah (jika pulang). Keadaan keliling rumah juga masih terdapat air bertakung," katanya yang memberitahu rumahnya berdekatan dengan sungai.

Seorang lagi mangsa banjir, Ahmad Faizzun Arman, 20, berkata, ini kali pertama dia menghuni PPS selepas rumahnya dimasuki air.

Katanya, sepanjang lebih 10 tahun menetap di kampung itu, dia tidak pernah berpindah ke PPS kerana limpahan hanya berlaku di pekarangan rumah sahaja.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mas-air-masuk-rumah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.398334 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list