CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8422|Reply: 0

[Terengganu] Besut daerah keenam terjejas akibat banjir

[Copy link]
Post time 17-12-2023 12:13 PM | Show all posts |Read mode

Penduduk, Maznah Osman, 63, melihat persekitaran rumahnya yang ditenggalami banjir di Kampung Nibong. FOTO GHAZALI KORI

Kuala Terengganu: Besut menjadi daerah terbaharu di Terengganu yang terjejas akibat banjir melanda negeri ini sejak Khamis lalu.

Berikutan itu pusat pemindahan sementara (PPS) di Sanggar Dato A Rahim Kampung Kayu Kelat dibuka malam tadi bagi menempatkan lapan mangsa daripada dua keluarga.

Setakat jam 8 pagi ini, jumlah mangsa banjir di Terengganu menunjukkan sedikit peningkatan apabila seramai 2,693 orang dilaporkan terjejas.

Kesemua mangsa daripada 654 keluarga kini ditempatkan di 37 PPS di enam daerah.



Ia menunjukkan sedikit peningkatan berbanding hanya 2,622 mangsa daripada 637 keluarga di 36 PPS malam tadi.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Dungun merekodkan jumlah mangsa tertinggi apabila seramai 1,687 mangsa daripada 418 keluarga berada di 14 PPS.

Ia diikuti daerah Setiu yang merekodkan seramai 336 mangsa daripada 94 keluarga yang ditempatkan di lapan PPS.

Sebanyak tujuh PPS di Hulu Terengganu diaktifkan bagi menempatkan 282 mangsa daripada 64 keluarga.

Di Marang, seramai 44 keluarga membabitkan 249 mangsa terjejas.

Mereka ditempatkan di PPS di Dewan Sivik Wakaf Tapai, Sekolah Kebangsaan (SK) Rawai, SK Pengkalan Berangan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Merchang.

Di Kemaman, tiga PPS masih beroperasi bagi menempatkan 131 mangsa daripada 32 keluarga.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... jejas-akibat-banjir

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.056871 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list