CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12850|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Negeri Sembilan lancarkan beras jenama Seri Menanti

[Copy link]
Post time 16-12-2023 02:38 PM | Show all posts |Read mode

AMINUDDIN Harun ketika melancarkan beras putih tempatan berjenama Seri Menanti pada majlis perasmian
Pesta Bola Ngoca 2023 di Stadium Bola Sepak Sawah, Perkampungan Budaya Terachi, Seri Menanti, Kuala Pilah hari ini.



KUALA PILAH: Negeri Sembilan melancarkan beras putih tempatan berkualiti dengan jenamanya sendiri, iaitu Seri Menanti  hasil tuaian dari kawasan sawah di Terachi di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, sebagai permulaan hanya tiga tan sahaja dikeluarkan namun apa yang penting ia merupakan motivasi dan semangat untuk negeri ini mengeluarkan lebih banyak hasil padi pada masa akan datang.

“Ia simbolik yang cukup besar, pengeluaran beras ini sebagai lambang komitmen kerajaan negeri bagi memastikan hasil padi di Negeri Sembilan dapat dipertingkatkan, kita tahu, pengeluaran padi di negeri ini masih rendah.

“Ia masih tidak mampu untuk tampung permintaan serta untuk dikomersialkan tetapi kita mahu galakkan, ia diperkenalkan sebagai semangat dan dorongan selain supaya masyarakat Negeri Sembilan menghargai usaha-usaha ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Bola Ngoca 2023 di Stadium Bola Sepak Sawah, Perkampungan Budaya Terachi, Seri Menanti di sini hari ini.

Khas untuk keluaran pertama ini, beras Seri Menanti akan dijual sebanyak 2,500 peket pada dua hari penganjuran acara berkenaan ditawarkan pada harga RM2 bagi pek satu kilogram dan RM6 bagi tiga kilogram.

Aminuddin dalam pada itu berkata, memang menjadi hasrat kerajaan negeri untuk meningkatkan lagi hasil pengeluaran padi termasuk menerusi mengaktifkan semula tanah-tanah terbiar.

“Kawasan yang boleh ditanam padi itu kita boleh mulakan semula, saya mahu masyarakat di Negeri Sembilan yang mana ada kawasan tanah terbiar itu boleh diusahakan dengan tanaman padi.

“Memang kerajaan negeri ada tambah kawasan tanaman padi seperti di Londah, Gemas, di Kuala Pilah, di Seri Menanti pun kita tambah, tapi jumlah tidaklah besar, kita mahu penghasilannya tinggi dan bilangannya ditambah saban tahun,” katanya.-UTUSAN.

https://www.utusan.com.my/berita ... enama-seri-menanti/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.043544 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list